Tinggalkan kerjaya demi anak, akhirnya jadi jutawan!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Menyorot kehidupan wanita bernama Tan Hwi Ling atau lebih mesra dengan panggilan Caroline ini, beliau adalah antara jutaan wanita yang sanggup mengorbankan kerjaya yang stabil, demi insan yang bergelar anak.

Caroline pernah berkhidmat sebagai seorang jururawat dan kehidupannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sehinggalah pada satu hari, insiden buruk menimpa ibu mertuanya yang terjatuh dan menyebabkan kecederaan patah kaki.

Selama ini, Caroline mendapat sokongan ibu mertua untuk menjaga anaknya, tetapi sejak kejadian tersebut kehidupan hariannya tidak berjalan lancar seperti selalu. Kebajikan anak menjadi keutamaannya. Beliau tidak rela melihat permata hatinya terbiar tanpa pengasuh yang baik. Kalau selama ini kepada ibu mertua tempat beliau bergantung, tetapi kini beliau kehilangan dahan untuk berpaut.

Puas Caroline berfikir, apakah jalan yang sesuai perlu diambilnya. Beliau enggan tersalah langkah yang hanya akan menyebabkan sesal yang tidak berkesudahan. Selepas menimbangkan semasak-masaknya, Caroline mencapai kata putus, beliau nekad untuk melepaskan kerjayanya sebagai jururawat.

Keputusan drastiknya itu memang mengejutkan ramai pihak, malah ada yang cuba membangkang kerana tidak sependapat dengannya. Caroline amat mengerti kenapa bantahan itu berlaku kerana melepaskan kariernya sebagai jururawat bermakna beliau turut kehilangan pendapatan tetap yang stabil.

Insan yang paling terkejut dengan keputusan Caroline adalah ibunya sendiri. Beliau faham mengapa reaksi ibunya sedemikian rupa, kerana wanita mana yang mahu melihat anaknya terkial-kial mengharungi kehidupan selepas berhenti kerja.

Tetapi sebagai ibu dan isteri, Caroline lebih mengetahui apa yang dimahukannya, beliau benar-benar nekad untuk meninggalkan terus pekerjaannya itu. Keputusan itu, ternyata telah mengubah terus kehidupannya yang tidak lagi memiliki pendapatan bulanan.

Beliau terpaksa bergantung hidup kepada sang suami untuk keperluan peribadinya. Kekok, memanglah kekok, tetapi apakan daya, pilihan telah beliau buat dan Caroline sendiri jujur mengakui bahawa dirinya tidak lagi bebas berbelanja seperti dulu.

“Saya akui memang saya tidak mempunyai kehidupan sendiri. Walaupun suami bekerja, tapi kehidupan kami hanya cukup-cukup makan bagi menampung keperluan hidup. Saya rasa itu bukan kehidupan yang saya nak dan saya rasa saya tak boleh hidup macam itu, saya nak tolong suami juga,” katanya.

Perasaan membuak-buak untuk membantu suami yang mengemudi bahtera rumah tangga mereka, Caroline akhirnya nekad untuk berjinak-jinak dalam perniagaan di atas talian.

Sabun menjadi produk pilihannya untuk dijual sebagai sumber rezeki. Beliau mahu kembali ‘pegang’ wang sendiri dan enggan menjadi suri rumah yang bergantung kepada pendapatan suami. Sebagai anak pula, Caroline tidak mahu melihat ibunya bimbang memikirkan tentang masa depan puteri kesayangannya itu yang kehilangan punca pendapatan tetap.

“Saya mahu ibu lihat saya walaupun menjadi suri rumah, tetapi saya masih boleh memiliki pendapatan sendiri, masih mampu berniaga. Dalam masa sama saya boleh jaga anak dan dapat merasai kebebasan kewangan dalam perniagaan,” ujarnya.

Caroline memulakan perniagaannya secara atas talian iaitu berniaga produk kecantikan Cellglo. Beliau menjadi ejen Cellglo sehinggalah sekarang.

“Dulu saya cuba macam-macam perniagaan atas talian. Tapi tak berjaya, bagaimanapun saya tetap teruskan kerana saya percaya saya wanita yang boleh berjaya suatu hari nanti. Sebagai wanita, kita tidak boleh semudah itu melepaskan impian kita walaupun telah berkorban melepaskan kerjaya sendiri demi rumahtangga,” tegas beliau.

Apa yang membanggakan Caroline, beliau berjaya mendaki anak tangga satu demi satu, sehingga bergelar Master Stokis kepada produk berkenaan. Namun, sejak menjadi Master Stokis, perjalanan perniagaannya itu bukanlah satu perkara yang mudah.

Wanita gigih itu berkata, sebelum memiliki pekerja dan pasukan sendiri, beliau sedar dirinya perlu mendapatkan ilmu perniagaan yang betul.

“Saya mula ikuti doktor (Datuk Wira Dr. Azizan Osman) sejak tiga tahun lalu. Saya sertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Program itu memberi saya kekuatan dalaman yang mendorong saya untuk terus berjuang. Ternyata IMKK berjaya ubah cara saya berfikir. Mentor amat penting untuk memastikan apa yang kita lakukan adalah betul,” katanya.

Walaupun ketika itu, menurut Caroline, beliau terpaksa duduk di belakang, tetapi apa yang penting ialah ilmu perniagaan yang dipelajarinya. Dari situ saya memulakan perjalanan saya, membina impian dan perniagaan saya sendiri. Pernah terdetik di fikiran saya, kenapa orang jual bertih jagung boleh capai juta-juta macam itu,” kata Caroline yang menyaksikan sendiri kisah kejayaan orang lain.

Beliau yang kini memiliki perusahaan, Carols THL Beauty, sudah mampu menjana pendapatan yang lumayan dan memiliki kakitangan serta laman sesawang sendiri.

“Hasil jualan saya sangat memberangsangkan, pada tahun lalu kami mencatat keuntungan RM2.8 juta dan tahun ini, ia telah mencecah RM3 juta,” tambahnya.

Caroline berkata, memiliki pekerja sendiri bukanlah satu perkara mudah kerana beliau sedar sikap kepimpinan perlu ada dalam dirinya jika berhajat menjadi peneraju. Menyedari kekurangan itu, beliau nekad untuk menyertai program Mentorship SPIRE!

“Dulu saya tiada impian, kehidupan saya sentiasa ada pasang dan surut, tetapi sejak ada circle, ada galakan daripada Datuk Wira Dr. Azizan yang selalu bagi kata-kata semangat, saya mula lebih mengenal erti kerohanian dan kehidupan,” ujarnya.

Caroline kini gembira dengan kehidupannya, beliau bukan sahaja mampu membantu suami, tetapi turut berupaya memberi perbelanjaan kepada kedua orang tuanya. Katanya lagi, untuk berniaga, seseorang itu amat memerlukan mentor dan sikap agresif juga perlu ditanam ke dalam diri.

“Belajar daripada seorang mentor yang bagus adalah jauh lebih baik berbanding kita terpaksa bekerja keras berniaga selama 10 tahun,” tegasnya.

Kejayaan yang dicapai Caroline pada hari ini, wajar menjadi contoh kepada wanita di luar sana khususnya mereka yang bergelar suri rumah tangga. Kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku dalam kehidupan pada masa depan.

Sudah tentu bagi wanita yang berkahwin, mencari redha suami itu amat penting. Tetapi bersediakah anda jika anda kehilangan tempat bergantung? Alangkah eloknya jika anda mampu menyediakan tempat perteduhan, sebelum ribut melanda.

Tidak salah untuk berdiri di atas kaki sendiri, kerana ramai wanita di luar sana termasuklah Caroline yang membina kerjaya sendiri tanpa perlu mengabaikan rumahtangga yang dibina. Semoga dalam era millenium ini, akan lahir lebih ramai wanita yang tampil lebih berani dan mampu mengikut jejak langkah seperti mana Caroline.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...