Chocodap ubah kehidupan May dan suami

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

“SAAT paling sukar adalah sewaktu kami sedang mulakan kehidupan berumah tangga. Meskipun saya berjawatan guru, namun, lebih 50 peratus gaji saya habis untuk membayar hutang ibu dan ayah.”

“Kami tiada wang simpanan, segala perbelanjaan perlu dikawal ketat. Kehidupan di bandar dengan anak-anak yang masih kecil, kos tadika, taska, minyak, tol, sewa rumah, kereta dan lain-lain.”

“Setiap kali nak raya mesti habis segala duit simpanan. Dengan kadar pendapatan kami sebegini, kami sedar bahawa kami tak mungkin boleh capai impian kami,” kata May Sarah Nadiah Meor Mohamad membuka perbualan tentang kisah hidupnya yang pernah bergelut dengan masalah kewangan.

May merupakan pengasas FS Mega World Sdn. Bhd bersama suaminya, Mohamad Farhan Mohamad Zainuddin yang memperkenalkan jenama Chocodap ke dalam landskap pemasaran coklat di negara ini.

Walaupun memiliki pekerjaan tetap sebagai guru, menurut May, gaji sebulannya itu tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga apatah lagi dengan dua cahaya mata yang mereka miliki pada ketika itu.

“Sejak kecil mak ayah saya berniaga kedai makan. Sakit-sakit pun tetap buka kedai. Kalau tak buka kedai, macam mana nak hidup? Siapa nak tanggung makan pakai anak-anak. Ketika inilah baru saya sedar betapa bergelutnya mereka dalam membesarkan kami tiga beradik. Mereka terpaksa bekerja walaupun tidak sihat sebab kalau tak masuk kedai, maka tak ada lah pendapatan mereka.”

“Saya ingat lagi, mereka bangun setiap hari seawal. Pukul 3 pagi mereka sudah mula memasak dan setelah pulang ke rumah, masih terpaksa pula buat persediaan bahan hingga jam 11 malam untuk dimasak pada awal pagi keesokan harinya,” cerita May lagi.

Katanya, walaupun ibu dan ayahnya berniaga siang dan malam, tetapi pendapatan itu masih tidak mencukupi sehingga mendesak ayahnya menggunakan kad kredit untuk menampung pendidikan beliau dan adik beradiknya yang lain.

“Saya hanya dapat tahu apabila sudah memasuki universiti dan umur mereka pula kini semakin lanjut. Hutang pula masih banyak sehingga mereka masih perlu bekerja keras demi untuk membayarnya,” jelas May.

Menyedari jerih payah kedua orang tuanya itu berkorban untuk mereka adik beradik, hal itu telah mendorong May untuk memasang azam agar bangkit membantu ibu bapanya sejurus tamat pengajian.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya pula bertanggungjawab membantu mereka. Tapi untuk membantu dan memberikan mereka kebahagiaan, saya takde pilihan lain selain daripada saya sendiri perlu berjaya,” ujarnya.

Menyentuh penglibatan mereka dengan program RichWorks, May memberiahu bahawa suaminya, Farhan sebenarnya telah terlebih dahulu menyertai program Intensif Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dengan tujuan untuk membantu perniagaan ibu mertuanya yang mengusahakan tadika (taman didikan kanak-kanak).

Beliau dan suaminya katanya pada mulanya turut ingin membuka sebuah tadika, tetapi hasrat itu tidak menjadi. Sebaliknya, mereka menjalankan perniagaan yang melibatkan produk coklat.

“Ini pun sebab kawan kami yang kenalkan dengan coklat tersebut. Bila dah rasa coklat tu, jatuh cintalah pulak. Di sinilah titik perubahan kami bermula apabila suami cuba mempraktikkan yang ilmu yang telah dipelajarnya di program IMKK.

“Semasa mengikuti program IMKK itu, cara suami berfikir tentang perniagaan telah berubah 360 darjah dan beliau begitu bersemangat kerana dalam program itu terdapat usahawan-usahawan muda yang telahpun berjaya membuat jualan jutaan ringgit. Di situlah datangnya keyakinan untuk berniaga dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Tanpa diduga, idea May dan Farhan untuk mengusahakan perniagaan coklat nampaknya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila ramai kenalan terdekat mereka mula menghubungi dan membuat pesanan.

“Mula-mula tu kami nak jual pada kawan-kawan pejabat sahaja. Tapi ramai sangat yang menempah dan berpuluh-puluh paket telah berjaya dijual. Walhal, kami tak payah cakap berjela-jela pun untuk yakinkan pelanggan.”

“Apa yang kami buat hanyalah bagi mereka sample dan mereka sendiri boleh rasa perbezaan kualiti produk kami berbanding yang dijual di pasaran luar,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang detik paling sukar yang terpaksa mereka suami isteri harungi, May memberitahu, saat paling sukar ialah semasa mereka berada di awal perniagaan.

Pasangan merpati sejoli itu sebenarnya tidak mendapat restu daripada ibu bapa semasa mereka menyatakan hasrat untuk melakukan lebih serius perniagaan tersebut.

“Konflik itu memaksa kami berdua berpindah keluar dari rumah ibu bapa kerana kami nekad mahu meneruskan perjuangan menjalankan perniagaan tersebut. Segala-galanya hanya kami berdua yang uruskan.”

“Bila ramai orang membeli, Alhamdulillah. Tapi ada juga hari-harinya yang kami tiada jualan. Lebih teruk, bila lif rosak, kami terpaksa memikul coklat turun naik dari rumah di tingkat lapan,” ceritanya dengan panjang lebar.

Bagaimanapun menurut May, awan mendung itu telah lama berlalu. Segala krisis yang melanda mereka telah pun berarak pergi. May dan Farhan kini sudah mampu tersenyum bangga. Jika dulu sebelum berniaga mereka tidak mampu hendak memiliki kediaman sendiri, tetapi kini semua impian itu telahpun mereka jadikan kenyataan.

“Kalau dulu bukan sahaja tidak mampu beli rumah sendiri, malah kami tiada wang simpanan. Nak belanja barang dapur pun kami terpaksa berkira-kira ikut bajet apatah lagi nak makan luar dengan keluarga.”

“Kehidupan juga ketika itu hanya fokus untuk keluarga sendiri sahaja. Selepas berniaga, Alhamdulillah bukan sahaja boleh beli rumah sendiri, rumah mak pun dapat beli, miliki kereta idaman, miliki simpanan untuk dilaburkan.”

“Sekarang juga kami ada hampir 40 tenaga kerja, dua cawangan dan jualan produk juga mencecah lapan angka,” jelas May.

Mengulas pula mengenai pendapatan mereka hasil perniagaan Chocodap, May berkata, pada tahun 2020, jualan mereka ialah sebanyak RM16.4 juta dan untuk tahun 2021 pula, setakat Oktober pendapatan telah mencapai sebanyak RM15.5 juta.

Menurut May, selain daripada nak capai impian, perkara yang terus mendorong mereka untuk berniaga ialah apabila apabila menyaksikan ejen-ejen yang menyertai mereka datang dengan penuh harapan.

Kata beliau, setiap ejen tentunya mempunyai harapan dan impian yang sangat besar dan kami rasa bertanggungjawab membantu mereka agar mereka.

Mengulas kembali mengenai program RichWorks yang mereka sertai, May menjelaskan, dari syarikat itulah sebenarnya bermula impian mereka untuk membina perniagaan.

“Di situlah kami belajar cara berniaga yang sebenar dan kami berjaya mencapai jualan yang mencecah nilai satu juta yang pertama. Menyertai Circle Titanium pula telah membuat kami lebih yakin untuk mencapai sasaran jualan yang lebih besar. Ini kerana ada rakan-rakan lain yang berjaya membuat jualan yang lebih tinggi.”

“Kami juga banyak menimba ilmu daripada rakan-rakan Titan. Circle ini juga mempunyai pemikiran yang positif, tidak kira bagaimana besar pun cabaran dan dugaan yang melanda. Secara tidak langsung ia juga membantu kami untuk kekal positif dan kekal fokus dalam matlamat kami,” terang May.

Nasihat May kepada bakal usahawan di luar sana, ilmu perniagaan perlu digali sebaiknya sebelum mereka mula memasuki dunia perniagaan dan adalah penting untuk mereka juga menggunakan platform yang tepat untuk membina empayar sendiri.

Menyertai program RichWorks dan menuntut dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman katanya sebenarnya adalah laluan paling pintas untuk bakal-bakal usahawan berjaya. Ini kerana mereka akan diajar tentang cara mengukuhkan kewangan, cara menguruskan risiko kerugian dan cara untuk fokus dalam usaha meraih lebih banyak keuntungan, demi mencapai segala impian yang dicita-citakan.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...