Nur Laila raih keuntungan jutaan ringgit semasa PKP

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

PADA ketika ramai yang bergelut untuk mencari rezeki sewaktu rakyat Malaysia hidup terkurung ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nasib berbeza pula yang dialami Nur Laila Alway.

Rezekinya mencurah-curah sewaktu kali pertama Kerajaan Malaysia mengumumkan PKP pada Mac tahun 2020.

Beliau berniaga perabot atau lebih tepat lagi, Laila menjual sofa premium menerusi syarikatnya Ella Furniture.

“Saya sebenarnya mula berniaga buat sofa sejak 2019. Masa itu, perniagaan saya boleh tahan juga. Kami mampu meraih keuntungan sekitar RM60,000 hingga RM70,000 sebulan.

“Tapi, walaupun meraih untung sedemikian, saya tidak tahu macam mana nak meraih lebih daripada itu walaupun saya tahu perniagaan saya mampu untuk pergi lebih jauh. Saya tidak pasti cara yang boleh dilakukan untuk mengembangkan perniagaan saya.”

“Jadi, semasa PKP diumumkan dalam bulan 2020, saya sedikit risau jika ia menjejaskan perniagaan saya. Maka saya sertai program anjuran RichWorks yang akhirnya saya dapati banyak membantu saya untuk melangkah lebih jauh,” katanya.

Berbanding pendapatan syarikatnya sewaktu di awal pembabitan dalam perniagaan perabot, Ella Furniture berkembang secara mendadak selepas menyertai program itu sehingga mampu untuk mencapai jualan sebanyak RM1.8 juta.

Walaupun banyak perniagaan terjejas disebabkan oleh PKP, Ella Furniture pula berjaya mencatatkan keuntungan yang sangat memberangsangkan sehingga melebihi satu juta ringgit.

“Jualan saya semasa PKP memang naik mendadak, Alhamdulillah, itu semua berkat tunjuk ajar RichWorks. Saya diajar cara buat pemasaran dan penjenamaan untuk menjana jualan,” ujarnya.

Meskipun beliau memulakan perusahaannya menerusi perniagaan di atas talian tanpa bilik pameran dan kilang sendiri, Laila kini sudah boleh berbangga apabila beliau mampu berbuat demikian.

Menurutnya, semasa pelaksanaan PKP, beliau melakukan pemasaran dengan membuat posting di media sosial di samping memuat naik gambar-gambar pelanggan yang membeli perabotnya.

“Pencapaian saya amat memberangsangkan berkat berguru dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Selepas itu, saya berjaya kumpul modal untuk buka kilang sendiri seluas 6,500 kaki persegi. Saya juga ada gudang perabot sendiri,” ujarnya.

Kejayaan Ella Furniture pada hari ini ialah hasil kesungguhan dan kerja kerasnya sebagai pengasas syarikat yang memberikan fokus kepada menyelesaikan masalah pelanggan selain membuat strategi pemasaran yang relevan, walaupun pada waktu sukar.

Mengulas pula tentang perabot premium yang dihasilkan oleh syarikatnya, Laila menjelaskan, Ella Furniture memberi tumpuan kepada pembuatan sofa premium iaitu sofa yang pembuatannya dimulakan daripada kayu sehinggalah menjadi produk siap.

Dahulu ketika bergantung kepada sofa daripada pembekal jelasnya, syarikatnya sering berdepan oelbagai masalah tetapi kini ia tidak berlaku lagi hasil tindakan yang diambilnya selepas menimba ilmu.

“Masa mula-mula dulu, saya ambil sofa daripada pembekal tapi banyak masalah kerana mereka selalu tak boleh bagi apa yang saya nak. Misalnya, sofa yang dibekalkan tidak mencapai kualiti yang dikehendaki,” jelas beliau.

Ekoran itu, beliau bertindak berani apabila mencipta jenama nya sendiri yang akhirnya melakar kejayaan buat syarikatnya.

“Terima kasih kepada RichWorks kerana hasil bimbingan yang diberikan, saya mendapat banyak ilmu tentang bagaimana saya boleh membawa perniagaan saya melangkah lebih jauh. RichWorks juga banyak membantu saya memperbaiki kepimpinan dalam diri saya, terutamanya menerusi program Titanium,” katanya.

Ketika diminta bercerita lanjut tentang latar belakangnya sebelum menceburi bidang perniagaan, Laila memberitahu, beliau merupakan lulusan ijazah kejuruteraan dan turut memiliki ijazah sarjana.

“Saya belajar dalam bidang kejuruteraan, tapi saya tak nampak masa depan saya bekerja dengan orang. Ayah saya sebenarnya seorang usahawan yang berjaya semasa zamannya.

“Jadi, apabila saya melihat ayah berjaya dengan perniagaannya daripada situ saya cabar diri saya. Saya mahu buktikan bahawa saya juga boleh berjaya seperti ayah saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, hasratnya untuk berniaga di peringkat awal mendapat maklum balas negatif daripada orang di sekelilingnya.

Menurutnya, ada yang berkata tidak guna untuk dia memiliki Ijazah Sarjana jika ia cuma digunakan untuk berniaga sesuatu yang masih belum pasti boleh mendatangkan keuntungan atau tidak.

Laila berkata yang dia sebenarnya merasa tersinggung dengan kata-kata tersebut.

Mujurlah ujarnya dia tidak terlalu membawa hatinya dengan kata-kata sedemikian, sebaliknya menjadikan kata-kata yang dilemparkan kepadanya itu sebagai pembakar semangat untuk terus tekad berniaga.

“Kalau nak kata bengang tu memanglah bengang. Selalu sangat orang perlekehkan saya, tetapi kata-kata negatif itulah yang menjadi faktor utama mendorong saya untuk membina empayar perniagaan sendiri,” tegasnya.

Laila berkata, dalam program RichWorks yang disertainya, beliau sememangnya diajar bagaimana berfikir dengan cara yang matang dan cara menangani cercaan dan celaan orang.

“Saya gembira mengenali RichWorks kerana saya sentiasa diingatkan agar tidak sesekali sombong dengan ilmu yang dimiliki tetapi hendaklah selalu menaik taraf ilmu dan pengetahuan diri. Caranya mudah, tanamkan ke dalam diri sikap mahu dan suka belajar.’

“Kita juga kena ada mentor yang boleh mendidik dan menegur kita. Walaupun kita mungkin seorang pemilik perniagaan, tapi kita perlu buka minda dan kena turunkan ego, demi meraih ilmu.”

“Tapi apabila sudah dapat ilmu, kita kena bertindak. Kalau dalam setahun itu ada 365 hari bermakna kemajuan yang harus kita capai juga mestilah 365 peratus,” katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan agar tidak mudah berputus asa atau mengalah dalam mendepani segala cabaran yang dihadapi.

Ditanya tentang cabaran terbesar yang pernah diharunginya, Laila berkata, menguruskan kilang sendiri dan memiliki 17 orang kakitangan, benar-benar menguji kemahiran kepimpinannya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana mentor nemahami apa yang saya mahukan dan berikan bimbingan yang saya perlukan,” jelas beliau.

Pencapaian yang dipamerkan Alia sebagai seorang usahawan yang berjaya, mungkin mampu menjadi sumber inspirasi kepada wanita di luar sana untuk menerajui perniagaan sendiri.

Keberanian Alia menceburi perniagaan perabot, harus turut membuka mata golongan wanita di luar sana untuk tidak terlalu mengikat diri mereka dengan perniagaan yang berkait rapat dengan dunia fesyen dan kecantikan.

Apa yang penting perlu berani dan mendapatkan bimbingan daripada mentor dan belajar daripada mereka yang pakar agar jalan yang dipilih tidak tersasar.

“Bagi saya ilmu itu perlu dan saranan serta nasihat saya kepada peniaga-peniaga baharu, cekalkan hati dan janganlah mudah berputus asa.”

“Hendak berniaga juga mesti kena ada mentor terutamanya kalau hendak cepat naik. Mentor ini macam SOP (prosedur operasi standard) untuk anda capai keuntungan RM1 juta.

“Dengan tindakan yang betul, kita akan sampai ke tempat yang kita inginkan. Lepas tu, circle kita mesti yang positif supaya kita sering rasa bermotivasi. Circle yang betul juga amat penting untuk mendorong kita mengejar kejayaan,” katanya.

Bagi Laila, beliau kini sudah boleh tersenyum bangga terutamanya di hadapan mereka yang dahulunya pernah meragui kemampuan beliau untuk bergelar seorang usahawan.

Beliau berjaya mencabar dirinya dan membuktikan bahawa walau macam mana luar biasa pun sesuatu impian itu, ia tetap boleh dicapai jika ada ilmu, kesungguhan dan kecekalan.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...