Pernah dihina dan hidup melarat, kini miliki kolej sendiri!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Tidak sahaja gagal dalam perkahwinan dan terpaksa membesarkan dua orang anaknya secara bersendirian, Shahawati Umar turut pernah dibuang kerja dari sebuah universiti awam selepas berkhidmat selama enam tahun.

Keadaan itu menyebabkannya mengalami kemurungan, ekoran berasa tertekan, sedih dan malu dengan apa yang dilaluinya. Lebih memeritkan, situasinya itu turut memberi kesan kepada ibu dan anak-anaknya, yang turut terpaksa hidup melarat.

Itulah antara peristiwa pahit yang dihadapi oleh Shahawati,  yang kini bergelar Presiden Kolej Antarabangsa Inovatif. Menurutnya, pengalaman itu meskipun perit untuk dilalui, tetapi ia sangat berharga kerana mengajar beliau tentang erti kehidupan yang sebenar.

“Amat perit kalau saya kenang kembali. Ketika saya melalui semua itu, saya, ibu saya dan anak-anak saya hidup melarat. Saya sedih sangat bila lihat ibu dan anak-anak saya tak tahu apa-apa turut merasa susah dan menjadi mangsa keadaan akibat daripada apa yang saya tempuhi,” katanya.

Namun begitu, wanita cekal ini berkata, meskipun dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, beliau bangkit dengan penuh keazaman untuk terus berjuang dalam kehidupan, demi membuktikan bahawa dirinya bukanlah wanita yang kalah.

Hasil daripada pengalaman luasnya dalam bidang pendidikan, Shahawati akhirnya berjaya menubuhkan sebuah kolej swasta di negara ini iaitu Kolej Antarabangsa Inovatif pada tahun 2012, yang menawarkan program Diploma dan Ijazah.

Beliau katanya menarik nafas lega setelah usahanya untuk memiliki sebuah kolej sendiri dapat dijadikan kenyataan yang sekaligus membawa perubahan kepada kehidupan dirinya dan keluarga.

Namun begitu, dalam apa juga jenis perniagaan, pasti ada cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh pemiliknya. Itulah juga yang dihadapi oleh Shahawati dan cabaran-cabaran itu ditempuhinya dengan gagah, tanpa rasa ingin mengalah.

“Kerja berniaga ini tidak semudah yang disangkakan. Kalau hati tak kuat dan tak cekal, mungkin kita akan rasa nak mengalah. Apatah lagi jika cabaran yang dihadapi itu agak berat dan benar-benar menguji kesabaran serta ketahanan mental dan fizikal,” ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut, beliau memberitahu bahawa antara ujian berat yang terpaksa dilaluinya ialah apabila terpaksa berhutang sehingga RM6 juta. Tidak cukup dengan itu, beliau juga terpaksa keluar masuk mahkamah kerana tidak mampu membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan gaji pekerja.

“Premis saya juga pernah hampir setiap bulan dipotong bekalan elektrik dan air kerana tak mampu nak bayar bil. Malah saya juga pernah dimaki hampir setiap hari kerana tak mampu nak bayar hutang seperti sewa premis dan keperluan-keperluan lain,” katanya.

Namun begitu katanya, beliau memaksa dirinya untuk menempuh segala cabaran itu kerana untuk mengalah dalam apa yang dilakukan baginya adalah satu perkara yang sangat memalukan dan pastinya lebih menyedihkan.

Dengan kehadiran dua rakan kongsinya iaitu Muhammad Anas Mohd Bukhori dan Ravendran Krishnasamy, Shahawati yakin mereka boleh bekerjasama untuk mengubah keadaan perniagaan mereka menjadi lebih baik.

“Seringkali juga saya ingatkan diri saya. Jika saya tidak bersama Kolej Antarabangsa Inovatif, tentunya saya terpaksa memulakan sesuatu yang baharu dan ia mungkin lebih sukar. Maka, walaupun agak tertekan, saya anggap apa yang saya lakukan adalah perjuangan yang perlu diteruskan,” jelasnya.

Menyentuh penglibatan beliau di dalam program-program RichWorks pula, Shahawati memberitahu bahawa sebagai individu yang mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan dan telah lama berada dalam industri, beliau pada mulanya tidak begitu yakin dengan program bimbingan yang ditawarkan oleh syarikat itu.

“Sebagai orang lama dalam industri, kita selalu merasakan bahawa cara kita adalah yang terbaik dan betul sehinggakan kita sukar mahu berubah. Begitulah juga dengan diri saya di peringkat awal. Saya rasa saya sudah cukup ilmu di dalam bidang pendidikan dan perniagaan jadi pendapat orang lain tidak begitu penting,” katanya.

Namun begitu jelasnya, rakan kongsinya iaitu Muhammad Anas telah menyedarkan dan membuka matanya untuk tidak terus ego tetapi mencari apakah kesilapannya dalam menguruskan perniagaan dan apakah yang perlu diperbetulkan.

“Walaupun pada awalnya susah untuk saya terima, saya paksakan diri untuk menghadiri program RichWorks. Saya masih ingat tarikh tersebut iaitu pada 25 Disember 2019. Sebaik menyertai program RichWorks buat pertama kalinya, saya kagum melihat ramainya orang yang hadir pada hari berkenaan. Mereka berjaya membuat jutaan ringgit dan begitu komited untuk bersama Dr. Azizan serta RichWorks,” jelasnya.

Menurut Shahawati, perkara pertama yang dipelajarinya semasa berjumpa dengan Dr. Azizan dan RichWorks ialah tentang cara yang betul untuk memimpin dalam organisasi. Shahawati telah dibimbing dan diajar untuk memimpin dengan kaedah ‘Head, Hand and Heart’.

Selain itu katanya, beberapa strategi lain yang dipelajarinya juga turut beliau praktikkan di Kolej Antarabangsa Inovatif dan kesemua strategi tersebut ternyata berkesan.

Antaranya ialah dengan mengamalkan penggunaan media sosial di kolej tersebut. Dengan hanya membuat ‘live’ dalam tempoh 44 hari jelasnya, pasukan media sosial kolej tersebut berjaya ditambah daripada hanya seorang kakitangan menjadi 15 orang kakitangan.

Selain itu, beliau juga berjaya mengukuhkan pasukan kerja dengan mengadakan  perjumpaan setiap hari, menganjurkan sesi town hall,  melaksanakan proses pemantapan  kerja, decentralization serta memperkenalkan ‘Innovative Di Hatiku” yang membuatkan perniagaannya semakin dikenali.

Demi menggali lebih banyak ilmu, Shahawati mendaftar sebagai Titan pada Februari 2020 iaitu kira-kira sebulan sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia. Penyertaannya ke dalam program itu berjaya membuatkan kolejnya mampu untuk bertahan semasa pandemik.

“Budaya Zoom, media sosial dan digitalisation yang diperkenalkan RichWorks berjaya membantu kolej kami untuk bertahan malah mendahului rakan-rakan pesaing dalam industri.”

“Tanpa bimbingan Dr. Azizan dan RichWorks, mungkin kolej kami sudah ditutup. Tetapi jika sebelum ini kolej kami hanya berada di sebuah lot kedai, kini kami mula merancang untuk menjadi sebuah institusi berkampus dan akan memohon untuk kolej kami dinaik taraf menjadi sebuah universiti,” katanya.

Ditanya apakah pencapaian paling membanggakan yang diraih beliau selepas mengikuti program RichWorks, beliau berkata, jika sebelum tahun 2020 adalah mustahil untuk perniagaannya mempunyai aliran tunai yang kukuh, tetapi hasil program itu beliau bersyukur kerana hutang RM6 juta yang selama ini ditanggung perniagaannya telah pun berjaya dilangsaikan.

“Pesan saya untuk para usahawan atau bakal-bakal usahawan di luar sana, janganlah kita merasa ego atau pandai dengan ilmu yang dimiliki. Sentiasalah tambah ilmu di dalam diri dengan mencari guru atau mentor yang benar-benar boleh membantu kita. Insya-Allah, dengan keazaman yang tinggi, kesabaran dan doa, kita boleh mencapai kejayaan dan kekayaan dalam perniagaan,” kata Shahawati di akhir perbualan.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...