Guna pelbagai platform kunci kejayaan doktor

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Apabila sebut perkataan muflis, ia sudah cukup menggerunkan sesiapa sahaja terutama individu yang terbabit dalam perniagaan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan muflis sebagai ‘pembunuh’ nombor satu dalam  kalangan usahawan sehingga boleh memberi gangguan dalam pelbagai aspek termasuk kesihatan dan kehidupan sosial.

Namun tidak bagi Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr. Jue, pemilik Poliklinik Penawar yang hampir muflis dalam bidang perniagaannya yang diceburi sejak lebih 20 tahun lalu.

Beliau pantas bangkit tanpa mengenal penat lelah dan terus berusaha dengan gigih sehingga akhirnya berjaya menjana keuntungan sehingga mencecah RM3.7 juta setakat 16 September 2021.

Bagaimanapun, hakikatnya tiada siapa menyangka dugaan hebat yang dihadapi oleh anak kelahiran Sungai Besar, Selangor ini yang kemudiannya terus bekerja keras  sehingga usahanya itu berjaya membuahkan hasil, berbanding detik-detik awal ketika dia mula menceburi bidang perniagaan perubatan pada tahun 1993.

“Saya masih ingat ketika itu, pendapatan klinik merudum sehingga saya tidak mempunyai modal untuk membeli ubat, apatah lagi menampung kos operasi dan hutang bank. Kereta saya juga sudah hampir ditarik.”

“Perkara ini berlaku kerana ketika itu persaingan begitu hebat dan saya pula tiada strategi pemasaran. Kemunculan klinik-klinik baharu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.”

“Klinik saya pula beroperasi di kawasan  pedalaman dan hanya mengenakan caj yang agak rendah kepada pesakit, jadi klinik saya tidaklah mendapat untung yang banyak,” katanya ketika mengimbas kembali detik ujian dihadapinya sebelum ini.

Dalam usahanya untuk terus membangunkan perniagaannya, Dr. Jue sekali lagi berdepan ujian yang begitu berat apabila beliau disahkan menghidap penyakit autoimmune di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur pada tahun 2011.

“Doktor menyarankan agar saya mengambil beberapa jenis ubat termasuk cytotoxic dan steroid bagi merawat penyakit saya. Selepas setahun saya makan ubat-ubat tersebut,  tubuh saya mula menunjukkan kesan sampingan.

“Antara kesan sampingan yang saya hadapi ialah masalah bengkak hati, gastrik, obesiti, penyakit diabetic type 2, allergic rhinitis, refluks gastroesofageal (GERD), migrain dan rolapse dics yang teruk,” katanya.[1] 

Berpegang kepada peribahasa ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, Dr Jue sekali lagi menetapkan pendirian agar tidak sesekali berputus asa walaupun sudah menceburi lebih daripada 20 jenis perniagaan.

“Saya cuba mencari di mana silap saya yang menyebabkan perniagaan yang saya ceburi selalu gagal. Setelah puas berfikir, akhirnya saya sedar bahawa saya tidak ada mentor yang boleh membimbing saya. Mungkin saya ada ilmu terutamanya dari segi perubatan, tetapi ilmu berniaga saya tidak ada,” katanya.

Beliau kemudian memberanikan diri untuk bersama-sama menyertai program di bawah bimbingan Datuk Dr. Azizan Osman kerana sedar cabaran yang dihadapi sungguh besar dan memerlukan tindakan bijak untuk mengatasinya.

“Saya pada mulanya menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) 2018 dan Mentoring Titanium kerana saya tahu RichWorks sememangnya menyediakan platform untuk belajar tentang perniagaan. Mereka ada program latihan dan mentor yang sangat hebat dan terbukti berkesan.”

“Selepas menyertai program RichWorks, barulah saya tahu punca perniagaan saya gagal sebelum ini adalah kerana saya hanya mempunyai ilmu perubatan dan bukannya ilmu perniagaan. Ini antara faktor yang menyebabkan perniagaan saya sebelum ini hampir muflis,” katanya,

Dr. Jue memberitahu, di dalam program yang disertainya, dia dibimbing dengan pelbagai teknik dan ilmu oleh Dr. Azizan yang bertepatan dengan keperluan perniagaannya termasuk soal pengurusan dan pematuhan dalam perniagaan.

Hasilnya, Dr. Jue kini boleh tersenyum gembira apabila berjaya merekodkan jualan sehingga mencecah  RM3.4 juta pada tahun lepas berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau yang juga mengasaskan www.doktorsakitkronik.com turut berjaya membuka tiga cawangan Djue Wellness Centre, pusat rawatan integrasi untuk pesakit kronik terutama pesakit diabetes, selain menjadi pusat rawatan alternatif dan hub jualan produk kesihatan untuk pesakit yang memerlukan modifikasi diet bagi mengawal atau menyembuhkan penyakit.

Bukan setakat  itu, Dr Jue juga berjaya menjana pendapatan melalui platform jualan dalam talian di laman web www.drjueketoshop.com, yang ditubuhkannya bagi  memasarkan  produk makanan sihat yang terbaik dan berasaskan kepada produk ketogenik dan rendah Glycemic Index, selain mengandungi bahan organik.

Dr. Jue juga sering berkongsi masalah penyakit kronik dan kaedah kawalan  secara semula jadi melalui media sosial, Facebook dan Youtube sehingga beliau dikenali ramai oleh masyarakat umum negara ini.

Apa yang membanggakan, Dr. Jue pernah memperoleh tontonan tertinggi ketika mengadakan video Live di Facebook, iaitu sebanyak 230 ribu tontonan.

Siapa sangka bermula dengan pendapatan merawat pesakit sebelum ini yang tidak pernah mencecah RM1 juta setahun, beliau kini boleh tersenyum bangga melihat prestasi jualannya dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2021.

Tambah Dr. Jue, keuntungan yang memberangsangkan yang diraihnya adalah hasil dorongan circle Titan yang sentiasa positif untuk membantu antara satu sama lain.

“Kami berlumba-lumba untuk mencapai sasaran di kalangan Titan dan sering kali memainkan peranan sebagai pembakar semangat untuk rakan-rakan yang berada dalam circle Titan.”

“Semua rakan Titan juga menunjukkan personaliti yang positif iaitu ‘semakin berjaya semakin merendah diri’, yang mendorong kami berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik serta bersemangat membantu orang lain,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Jue turut berpesan kepada usahawan di luar sana agar bersabar dan terus menuntut ilmu sebagai persiapan menuju kejayaan kerana ia adalah kunci utama dalam mengejar impian yang dicita-citakan.

“Jika anda mahu berjaya dalam perniagaan, tuntutlah ilmu perniagaan dan dapatkan mentor yang baik. Bagi saya Dr. Azizan  adalah mentor yang paling banyak membantu dalam pelbagai aspek.”

“Apa yang pasti, kejayaan tidak lahir daripada kemampuan dan minat semata-mata, sebaliknya ia harus dilengkapi dengan usaha berterusan dan semangat gigih yang tidak pernah luntur,” katanya.

Tambah Dr. Jue, jika beliau hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan,  beliau juga sudah tentu tidak akan berada di kedudukannya pada hari ini.

“Jika saya tidak memilih untuk menjadi seorang usahawan, saya mungkin hanya seorang  doktor di hospital kerajaan.  Pendapatan yang diperoleh tentunya cukup untuk diri dan keluarga, namun saya tentunya sukar membantu orang lain,” katanya.

Dr. Jue berdoa yang beliau juga akan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk mampu menjadi pembimbing dan berkongsi ilmu kepada orang lain pada masa akan datang.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...