Impian jadi jutawan dipandang sinis, hasrat tercapai akhirnya!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Ditertawakan hanya kerana memasang impian untuk menjadi jutawan, bukan pematah semangat bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Pastelsey Sdn Bhd Siti Aisyah Osman untuk menggapai impiannya.

Malah, beliau yang pernah dipandang sinis pensyarah kerana cita-citanya itu, sedikitpun tidak menganggap ia sebagai batu penghalang untuk beliau terus bekerja dengan lebih kuat.

Anak sulung daripada enam beradik ini masih mengingati dengan jelas peristiwa tersebut, tetapi tidak menyimpan perasaan dendam, sebaliknya menyifatkan ia sebagai salah satu pencetus kejayaan.

“Saya masih ingat digelakkan kawan-kawan ketika menceritakan impian mahu menjadi jutawan. Begitu juga dengan pensyarah yang selalu cakap cita-cita saya itu adalah angan-angan kosong kerana saya hanya seorang pelajar.”

“Namun, saya anggap semuanya sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya demi membantu keluarga,” kata Siti Aisyah dengan rasa bangga selepas mengharungi pelbagai pahit getir.

Tekad beliau untuk membantu ibu bapanya yang sebelum ini menjual nasi lemak  di tepi jalan juga dijadikan sebagai salah satu kepada kunci kejayaan sehingga membuahkan hasil.

“Ibu bapa saya telah banyak berkorban dan bersusah payah untuk menampung kehidupan kami yang susah.”

“Dengan keadaan itu saya terus tekad mahu mengubah kehidupan keluarga untuk menjadi yang lebih baik lagi sekaligus memberi perangsang kepada orang lain untuk berjaya,” ujarnya.

Siti Aisyah ketika bercerita mengenai penglibatannya dalam industri telekomunikasi sejak Oktober 2018 menjelaskan, empayar itu bermula hanya dengan bermodalkan RM800.

Menurutnya, perniagaannya itu pada mulanya hanya dibuat secara suka-suka sahaja dan sekadar mahu melakukan sesuatu yang baharu ketika sedang menuntut pengajian di peringkat sarjana.

“Ketika memulakan perniagaan menjual telefon, saya hanya menetapkan sasaran untuk membeli kereta sahaja. Waktu itu saya masih menuntut pengajian peringkat sarjana. Namun, rezeki dan usaha berjaya membawa saya sehingga ke peringkat ini.  Inilah kerja keras tanpa mengenal penat lelah yang  akhirnya  membuahkan hasilnya.”

“Apa yang pasti, kehidupan saya berubah 360 darjah ke arah kebaikan selepas rakan mempelawa saya menyertai program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang dijalankan Mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman anjuran RichWorks pada tahun 2018. Daripada tiada apa-apa, saya kini berbangga dengan hasil yang dikecapi,” jelasnya.

Bermula daripada langkah pertama itu, Siti Aisyah kemudian maju ke peringkat seterusnya dengan menyertai program Mentoring Spire bagi mempersiapkan dirinya sebagai  usahawan dengan sasaran mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh enam bulan hingga ke setahun.

“Dalam program ini saya tidak pernah rasa jemu kerana setiap minggu Dr. Azizan Osman akan memberikan bimbingan menerusi Weekly Zoom di samping circle yang membakar semangat satu sama lain.”

“Selepas beberapa lama, saya sekali lagi melangkah maju setapak ke hadapan dan  berjaya melayakkan diri ke dalam circle Titan yang membolehkan saya mengikuti  sesi bersemuka ‘1 on 1’ dengan Dr. Azizan dan mendapatkan jawapan serta kepastian untuk sebarang persoalan dengan sangat cepat,” katanya.

Pastelsey Sdn Bhd yang beroperasi di Shah Alam merupakan syarikat pakar dalam selok-belok perniagaan telefon bimbit yang berasaskan sistem ejen dan dropship. Apa yang membanggakan, Pastelsey mencapai pendapatan jualan sebanyak RM4.3 juta pada tahun 2020 dan ia meningkat sehingga RM9 juta setakat Januari hingga September 2021.

“Ketika mula-mula beroperasi pada tahun 2018, syarikat saya memperoleh pendapatan sebanyak RM36 ribu dan terus menunjukkan peningkatan sehingga mencecah RM900 ribu pada tahun berikutnya.

“Ia terus menunjukkan momentum sehingga kini dan ia semestinya memberi satu kepuasan kepada saya selepas bekerja keras,” jelasnya yang sangat berpuas hati selepas menyertai IMKK.

Siti Aisyah dengan penuh kesyukuran dengan kejayaan yang dikecapinya juga menyifatkan IMKK sangat membantu, lebih-lebih lagi bagi beliau yang sebelum ini penuntut jurusan Biologi yang langsung tidak memiliki sebarang pengetahuan dan latar belakang dalam dunia perniagaan.

Antara saat yang paling membanggakan ujarnya ialah apabila kejayaannya dipaparkan oleh RichWorks semasa NUH 2019, di hadapan kedua-dua ibu bapanya.

“Masa tu saya betul-betul terharu kerana penat lelah saya akhirnya menjadi satu kejayaan yang sememangnya saya impikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti Aisyah berkata, dia juga tidak terlepas daripada berdepan detik cabaran sepanjang menjalankan perniagaan yang kadang-kala benar-benar menguji kesabarannya.

Beliau dalam masa yang sama bagaimanapun turut menganggap semua itu sebagai asam garam dalam dunia perniagaan yang seharusnya ditempuhi bagi mereka yang mahu bergelar usahawan yang berjaya.

“Sewaktu penularan pandemik Covid-19, syarikat saya menghadapi kekurangan bekalan sehingga menjejaskan permintaan dan hasil syarikat.”

“Namun ibarat kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’, saya bersabar dan beranggapan ini adalah dugaan Allah SWT. Saya juga percaya banyak individu yang mengalami nasib sama, malah mungkin ada yang lebih teruk. Walau apa pun semuanya perlu ditempuhi. Saya yakin pasti ada cahaya di sebalik kegelapan,” katanya dengan penuh semangat dan berharap kisahnya  dijadikan pendorong kepada orang lain.

Di sebalik cabaran, Siti Aisyah juga mahu berkongsi rahsia kejayaannya sepanjang terlibat dalam program anjuran RichWorks sehingga mencapai satu tahap yang beliau sendiri tidak pernah fikirkan, yang boleh menjadi pencetus semangat kepada sesiapa yang bercita-cita tinggi.

Katanya, terdapat tiga perkara yang menjadi asas dan pegangan yang sering kali  ditekankan di sepanjang program berkenaan iaitu komited, perihal hasil keputusan dan konsisten untuk mencatatkan kejayaan terbaik dalam hidup.

“Semua orang boleh masuk kelas yang sama, namun hasil keputusan tidak serupa  kerana usaha dan sikap kita sendiri adalah penentu kepada pencapaian kita.”

“Dr. Azizan selalu beri peringatan bahawa perniagaan yang kita usahakan ini bukan miliknya tetapi adalah milik kita. Sehubungan itu, tanggungjawab terletak 100 peratus sepenuhnya pada diri kita,”  tambahnya lagi.

Beliau juga tidak mahu ketinggalan untuk menyampaikan pesanan khusus kepada masyarakat di luar sana sama ada yang baru memasang impian atau berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

“Fokus pada benda yang anda semua mahu buat. Apa yang penting, jangan sesekali menoleh ke belakang sebaik langkah dibuka. Anda juga perlu tabah dan sentiasa bersemangat di samping mempunyai motivasi tinggi,” ujarnya.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...