Kisah ini menceritakan tentang keputusan berani pasangan dari Singapura, Shahidah Ayoob Angullia dan Shaik Mohamed Shaik Jaffar untuk bangkit semula daripada kegagalan yang pernah mereka hadapi.
Bertujuan untuk memberi inspirasi selain berkongsi pengajaran dan iktibar, mereka menceritakan detik-detik kejatuhan syarikat penjagaan kanak-kanak, Ilham Child Care Pte. Ltd yang mereka tubuhkan semasa masih tidak mempunyai ilmu perniagaan, sehinggalah syarikat mereka itu kini mencipta pelbagai kejayaan.
Menceritakan detik kesukaran yang berlaku pada tahun 2018 itu, Shahidah berkata, mereka berdua pernah cuba mengambil jalan pintas untuk menjual semua pusat Taman Jagaan Kanak-Kanak (TAJAKA) yang diusahakan.
“Saya masih ingat pada masa itu, kami langsung tidak mempunyai keuntungan, malah yang ada hanyalah kerugian sepanjang beroperasi,”
“Keadaan bertambah parah dengan hutang keliling pinggang. Bayangkan bagaimana perasaan kami ketika itu, sehinggakan mahu jawab telefon pun tidak berani, bimbang jika yang membuat panggilan adalah mereka yang mahu menagih hutang,” katanya.
Suaminya, Shaik Mohamed berkata, ketika memikirkan saat untuk membuat keputusan bagi menjual semua pusat tajaka milik mereka bagaikan memikul batu besar di atas kepala.
“Kami tidak ada pilihan lain. Apa yang boleh dilakukan hanyalah menjual sahaja pusat tajaka yang kami usahakan. Malah, saya turut mempertimbangkan keputusan untuk bekerja semula, begitu juga Syahidah yang mencatur untuk menjadi guru. Hanya itulah pilihan yang terbaik pada masa itu,”
“Dalam fikiran kami, adalah lebih baik menjual sahaja pusat tajaka kami dan mendapat keuntungan sedikit daripada terus menerus menanggung kerugian. Kami risau dengan hutang yang banyak,” ujarnya.
Bagaimanapun, kata Shaik Mohamed, situasi berubah apabila Shahida secara tiba-tiba bersemangat untuk mencari mentor dan guru yang dapat membimbing mereka agar terus bertahan dalam dunia perniagaan.
“Kami telah diperkenalkan kepada Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks. Namun saya tidak mudah percayakan orang dan sangat skeptikal pada awalnya. Saya telah merujuk dan minta pandangan daripada rakan-rakan kerja dan saudara mara. Malangnya, jawapan mereka negatif belaka dan mereka kata, Dr. Azizan adalah scammer,” jelasnya.
Pasangan ini sedar tiada pilihan yang ada pada masa itu. Mereka akhirnya nekad untuk terus mengikuti seminar yang diadakan oleh RichWorks dan Dr. Azizan. Program pertama disertai mereka ialah Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan program Titan pada November 2018.
Satu perkara yang melucukan terjadi ketika Shahida ingin mendaftar menyertai program Titan dan ia akan menjadi peristiwa yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Ceritanya, “Sebaik habis sahaja program IMKK, penganjur RichWorks mengumumkan promosi untuk 100 peserta terawal yang mendaftar akan menerima harga promosi. Akibat teruja saya secara tiba-tiba terus berlari ke meja pendaftaran.”
“Apa yang lucu saya terus berlari ke pentas tanpa memakai kasut kerana apa yang ada dalam fikiran ketika itu mahu mendapatkan harga promosi yang ditawarkan. Di samping itu, saya juga mahu tambahkan ilmu sebagai bekalan,” ujarnya.
Sebaik selesai menyertai seminar dan program anjuran RIchWorks, kedua-dua pasangan ini mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan menjual pusat tajaka, tidak sebagaimana yang dirancangkan mereka sebelum itu.
“Semua program dan seminar yang dihadiri betul-betul memberi impak. Alhamdulillah tahun pertama terus nampak keuntungan. Bayangkan bermula daripada kosong dan tiada keuntungan selepas berniaga lima tahun, kami berjaya memperoleh SGD148 ribu.”
“Apa yang membanggakan, ketika penularan wabak Covid-19 sekalipun, kami mampu buat sale hampir RM5 juta pada tahun 2021. Selain itu, saya juga sudah mampu menyimpan sehingga RM2 juta atau bersamaan dengan SGD600 ribu. Saya juga dapat selesaikan semua hutang-hutang peribadi atau hutang syarikat yang tak pernah kami jangka dapat selesaikan,” katanya.
Dengan berpegang kepada prinsip berkongsi rezeki, pasangan ini juga mula memberikan insentif dan bonus tambahan kepada pekerja mereka yang sebelum ini amat sukar untuk dilaksanakan.
“Dulu sebelum menyertai program Titan, pembayaran gaji yang lewat adalah masalah yang sering berlaku berikutan cash flow yang tidak diurus dengan betul. Tapi kini segalanya berubah dan ini antara perkara yang dapat kami lakukan sebaik selesai menyertai program Titan.”
“Apabila masalah cash flow dapat diperbetulkan, maka tiada lagi masalah untuk membayar gaji pekerja pada masa yang tepat, bahkan dapat memberikan mereka insentif setiap tiga bulan dan bonus dua kali setahun walaupun ketika wabak Covid-19 melanda,” katanya.
Beliau berkata, dengan penyertaan ke dalam program Titan, mereka berdua juga dapat membina kemahiran kepimpinan dan membentuk karakter pemimpin dalam team mereka.
“Semua ini hasil dorongan dan tunjuk ajar Dr. Azizan dan RichWorks yang mengadakan kelas eksekutif coaching secara terus untuk team kami sendiri.”
“Alhamdulillah, kami juga dapat membeli sebuah rumah di Singapura dan di Australia, malah saya dan suami dapat beli kereta impian secara tunai di sini,” ujarnya yang ketika ditemubual sedang menetap di Australia.
Dalam pada itu, pasangan ini berkata, dengan dorongan dan nasihat Dr. Azizan, mereka berjaya memulakan perniagaan dalam skala kecil sebagai permulaan di Australia.
“Alhamdulilah, kami dapat mengendalikan perniagaan kami dengan baik. Syarikat juga sedang berjalan dan berkembang maju walaupun banyak cabaran telah ditempuh. Apa yang ingin saya terapkan dan kongsikan adalah program Titan ini bukan sahaja memberi keyakinan dan menambah ilmu tentang perniagaan, tetapi kami menjadi manusia yang sangat memikirkan bagaimana ingin memanfaatkan diri kepada orang lain terutama keluarga dan sahabat yang ingin turut sama menjalankan perniagaan.”
“Jika dahulu sewaktu saya hanya seorang pegawai polis, saya tidak akan menggalakkan seseorang itu untuk berniaga, tetapi setelah berjumpa dengan Dr. Azizan, saya lebih yakin untuk beritahu orang ramai agar menceburkan diri dalam perniagaan,” katanya.
Tambah pasangan ini, ilmu yang diterima mereka dalam program Titan memberi satu jaminan safety network yang memudahkan kami berinteraksi dengan Dr. Azizan untuk mendapatkan pandangan berterusan.
Pasangan ini turut bersyukur atas rezeki kurniaan Allah SWT kerana hidup mereka kini jauh berubah berbanding semasa mula-mula menjalankan perniagaan dahulu.Untuk rekod, Ilham Child Care Pte. Ltd berjaya memperoleh dua anugerah bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Global Forum Education and Learning (GFEL) pada 2019 iaitu anugerah Top 50 Education dan anugerah Top 100 Leaders in Education.