Bergelar jutawan kerana modal RM400!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Pernah mencatu makanan bersama suami adalah antara pengalaman sedih yang pernah dialami oleh Pengasas Hermosa Wear, Nurul Eliana Ab Rashid sebelum beliau memulakan perniagaan, kira-kira tujuh tahun lalu.

Hanya disebabkan pendapatannya hanya ‘cukup-cukup makan’ setiap bulan dan beliau juga terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi di bandar besar, Eliana dan suami juga pernah berkongsi lauk yang sedikit, demi untuk mengisi perut.

Lama sudah terdetik di hatinya untuk mencari sumber rezeki lain dengan cara berniaga, namun pekerjaannya sebagai support engineer yang sibuk membantutkan hasratnya itu, apatah lagi apabila gajinya setiap bulan juga sukar dikumpul untuk dijadikan modal.

Namun suatu hari pada tahun 2013, beliau dapat juga mengumpul sedikit sebanyak RM400 dan wang itulah dijadikannya sebagai modal pertama untuknya berniaga produk baju muslimah.

Agak sukar juga sebenarnya kerana terpaksa bergelut antara pekerjaan dan perniagaan. Bagaimanapun usahanya itu berhasil dan mula menunjukkan peningkatan. Nurul Eliana tidak menoleh ke belakang lagi tapi terus melangkah setapak demi setapak ke hadapan diiringi suaminya. Perniagaannya semakin meningkat maju.

Suatu hari, peristiwa hitam terjadi ketika perniagaannya sedang meningkat sedikit demi sedikit. Suaminya terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan mereka akhirnya kehilangan punca pendapatan.

“Masa itu saya masih bekerja dan tengah sarat mengandung. Saya terpaksa berhenti kerja demi menjaga suami yang mengalami kecederaan parah. Bayangkanlah keadaan kami masa tu bagaimana,” katanya.

Walaupun berdepan dengan dugaan berat, pada Nurul Eliana hidup perlu diteruskan  dan dugaan perlu ditempuh dengan penuh kesabaran dan kecekalan. Apabila suaminya semakin pulih, pasangan ini bangkit dan mengorak semula langkah dengan harapan agar perniagaan  berjaya.

“Perniagaan yang kami bina sebelum ini diteruskan untuk menampung kehidupan. Alhamdulillah, apa yang diusahakan mula membuahkan hasil selepas itu. Pendapatan dan jualan turut,” katanya.

Bagaimanapun, Eliana dan suaminya tidak cepat berpuas hati dan bersandarkan cita-citanya sebelum ini untuk memastikan Hermosa Wear berkembang maju, beliau mula mendaftarkan diri di bawah program RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Saya menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada tahun 2018. Pada masa saya kenal RichWorks, pendapatan syarikat yang saya usahakan hanya RM60 ribu setahun.”

“Daripada situ, ilmu dan segala maklumat  yang disampaikan Dr. Azizan saya praktikan satu persatu demi memastikan segala usaha yang dilakukan tidak terhenti di tengah jalan dan menjadi sia-sia,” ujarnya.

Selepas menyertai IMKK, pendapatan beliau meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM400 ribu pada tahun tersebut dan ia menjadi satu turning point padanya untuk terus maju ke hadapan.

“Selepas menyertai IMKK, saya mengambil pula keputusan untuk bertindak luar biasa  iaitu dengan menyertai program Titan. Saya sangat berminat dan rasa teruja. Saya juga mahu kejayaan yang membanggakan dapat dicapai dan berharap segala roadblock dapat dipecahkan serta memenuhkan ilmu sebagai bekalan pada masa akan datang.”

“Apa yang membuatkan saya terharu, Dr. Azizan banyak begitu membantu untuk merubah roadblock yang ada dalam diri saya. Antara roadblock terbesar yang ada pada saya adalah kurangnya kepercayaan pada orang lain dan semua benda saya mahu buat sendiri. Negative thought  sudah sebati dalam diri,” ujarnya.

Beliau yang sedar dengan kelemahan dirinya sendiri mula nekad untuk berubah sikap dan mentaliti bagi memastikan tiada lagi yang menjadi penghalang kepada kejayaan perniagaannya.

Selain ilmu dan selok belok dalam perniagaan, Eliana berkata, dalam program-program RichWorks, beliau turut mempelajari ilmu kepimpinan untuk membentuk dan mengurus pasukan dengan lebih baik. Ilmu itu mengubah konsep perniagaan secara individu kepada konsep secara berkumpulan dan maju secara bersama-sama.

“Kalau dulu nak sebut angka ‘juta’ pun takut dan tak terlintas di fikiran, tapi sekarang Alhamdulillah kami dapat memajukan perniagaan Hermosa Wear dengan lebih baik dan memecahkan banyak angka jualan yang sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran kami.”

“Sebab itulah pentingnya ilmu yang betul dan ada mentor yang dapat membimbing kita supaya kita sentiasa berada pada landasan yang betul. Dengan ilmu perniagaan yang sentiasa up-to-date, ini menjadi satu cara terbaik untuk memastikan perniagaan dapat berkembang.”

“Selama lebih tiga tahun berada di bawah bimbingan Dr. Azizan, kini saya mula dapat melihat perniagaan daripada perspektif berbeza,” katanya.

Sebagai contoh katanya, beliau kini mempunyai sasaran dalam satu tempoh tertentu untuk membantu lebih ramai individu menjana pendapatan melalui sistem agen jualan, demi membangunkan ekonomi ummah dan juga ekonomi negara.

“Saya ingin menjadi individu yang mampu membantu sesiapa sahaja membuat pilihan. Pilihan daripada segi masa, bila dan bagaimana mereka mahu lalui hidup dengan sebaiknya,” jelasnya.

Jumlah pendapatan Hermosa Wear yang sebelum ini mencecah ratusan ribu terus meningkat sehingga mencecah RM1.02 juta dan Nurul Eliana menyifatkan ia sebagai satu pencapaian luar biasa yang tidak pernah beliau perolehi sebelum ini.

Di samping itu,  Eliana dan suaminya juga mampu membeli rumah impian yang  tidak mungkin akan tercapai sekiranya masih bekerja dan hanya bergantung dengan pendapatan bulanan.

“Kita juga sudah mempunyai pejabat sendiri dan dalam proses untuk menaik taraf pejabat yang lebih besar dan selesa berbanding hanya beroperasi di rumah sahaja seperti sebelum ini,” ujarnya.

Mengenali susuk tubuh bernama Dr.Azizan, Eliana berkata, ia benar-benar mengubah persepsinya terhadap perniagaan yang sebelum ini beliau langsung tidak pernah terfikir.

“Antara pesanan beliau yang saya ingati, jika kita ada mentor dan sentiasa belajar ilmu perniagaan, kita mampu membuang segala batu penghalang untuk mencapai kejayaan. Selain itu, ia dalam masa yang sama memberi peluang ilmu baharu untuk masuk ke dalam diri kita,” ujarnya.

Sementara itu, Nurul Eliana dalam masa yang sama turut berpesan kepada mereka yang mahu mencapai kejayaan agar teruskan berusaha dan perlu  bertindak dengan segera.

“Angan-angan sahaja tidak cukup. Saya dulu pun jika hanya memasang impian tapi masih melakukan perkara sama dengan mengharapkan keputusan berbeza, cita-cita  tidak mungkin akan tercapai. Perlu diingat setiap minit dalam hidup kita sangat berharga,” nasihatnya.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...