Dua tahun jualan tidak mendapat sambutan, kini sasar tembusi pasaran Timur Tengah

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Hanya satu parcel sahaja yang dihantar kepada pembeli setiap hari ketika mula-mula Norhaslinda Rosli menceburi perniagaan pada tahun 2015.

Situasi tersebut terus berlarutan buat beberapa bulan sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap Pengasas Addar Global Sdn Bhd itu.

Beliau akhirnya terpaksa mencongak baki wang yang tinggal dalam akaun banknya dengan anggaran untuk meneruskan kehidupan dan bertahan dalam  satu tempoh sekiranya barang yang dijual masih tiada sambutan.

Namun pada Norhaslinda,  jumlah parcel yang terjual sedikit pada ketika itu bukanlah peluntur semangat baginya untuk mencapai kejayaan pada saat ini, ibarat kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’.

Buktinya, Norhaslinda telah berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM1 juta walaupun ia dilihat sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicapai ketika masih bekerja dalam industri perhotelan.

Bagi Norhaslinda, apa yang beliau perolehi hari ini juga bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kerja keras di samping sifat kesabaran tinggi untuk berdepan risiko serta  sebarang kemungkinan.

“Saya pernah mengalami masalah kewangan dan bebanan hutang yang teruk. Ia membuatkan diri dipandang hina. Pada ketika itulah saya mula terfikir yang saya perlu lakukan sesuatu untuk memastikan saya bangkit semula.”

“Perniagaan pertama yang saya lakukan adalah membuat kek dan menjualnya secara part time untuk mencari pendapatan tambahan. Kemudian, daripada perniagaan kek barulah saya memulakan perniagaan produk kecantikan jenama kecantikan Addar Beauty ,” katanya.

Dalam tempoh tersebut, Norhaslinda tidak terlepas daripada berdepan cabaran dalam dunia perniagaan apabila stoknya tidak terjual walaupun hanya 1,000 unit sahaja.

“Puncanya mudah. Saya tiada ilmu berkaitan perniagaan dalam talian, ilmu pemasaran dan ilmu pengurusan menyebabkan stok saya mengambil masa dua tahun untuk dijual.” 

“Selain itu, saya juga ditipu dengan individu yang kononnya hendak membantu perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan pemasaran, tetapi langsung tidak mendatangkan hasil. Duit pula semakin habis dan tiada pulangan diperolehi, apatah lagi keuntungan. Keadaan semakin lama semakin mencabar,” ujarnya.

Resah memikirkan keadaannya pada waktu itu,  beliau tetap meneruskan perniagaan  walaupun dengan dugaan dan cabaran yang datang bertimpa.

Pada Norhaslinda, dia tidak ada banyak pilihan, perniagaan perlu diteruskan dan tahap kecekalan harus ditingkatkan, lebih-lebih lagi apabila melihat anak dan ibunya.

Beliau yang kecewa dengan hasil pulangan kurang memberangsangkan, lantas cuba mendaftarkan diri program anjuran RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Sewaktu saya berniaga pada tahun 2015, saya sudah mula mengenali serba sedikit  mengenai RichWorks dan Dr. Azizan di Facebook serta mula tertarik kerana banyak program yang dianjurkan adalah  berasaskan keusahawanan”

“Selepas berfikir, pada Oktober tahun 2015, saya mengambil keputusan menyertai program RichWorks iaitu Intensif Menjana Kekayaan dan Kewangan (IMKK) dan seterusnya menyertai program teknik pemasaran Millionaire Marketing Mastery (MMM) sehinggalah program Titan,”

“Saya membuat keputusan menyertai circle Titan kerana hasil jualan agak statik dan saya hendak pecahkan rekod dengan mencapai jualan RM1 juta sebulan. Namun saat yang lebih manis, di sinilah bermulanya detik kejayaan saya sehingga tertubuhnya Addar Global Sdn Bhd walaupun pada awalnya saya sendiri tidak berapa yakin dengan kemampuan sendiri,” jelasnya.

Beberapa bulan selepas menyertai program ini, pendapatan Norhaslinda mula menunjukkan peningkatan yang beliau sendiri tidak pernah jangkakan sebelum menceburi bidang perniagaan.

“Pada tahun 2020 pendapatan saya sudah mencecah RM4.7 juta. Jumlah itu terus menunjukkan peningkatan sehingga adakalanya nilai jualan sehari pernah mencapai RM80 ribu dan RM1.6 juta dalam tempoh sebulan. Pada tahun 2021 pula, hasil jualan mencecah lebih daripada RM11juta. Ia satu pencapaian yang membanggakan saya.”

“Setelah menerima pendapatan yang amat memuaskan, saya membeli tiga lot pejabat dengan harga RM2.8 juta untuk kegunaan urusan perniagaan. Selain itu, saya sangat bersyukur kerana mampu membeli kereta idaman yang sebelum ini hanya mampu dilihat sahaja. Kini saya sedang berusaha untuk memperoleh pendapatan RM2 juta sebulan pula dan saya sasarkan perniagaan saya mampu bertahan sekurang-kurangnya 100 tahun akan datang,” ujarnya.

Ketika ditanya apakah faktor yang mendorong beliau menyertai program anjuran RichWorks, Haslinda melihat banyak hasil yang terbukti berdasarkan pengalaman peserta terdahulu sehingga ramai yang berjaya.

Perubahan yang berlaku kata Norhaslinda bukan hanya boleh dilihat pada peserta program Titan yang lain, tetapi turut berlaku kepada dirinya terutama daripada segi masa, simpanan, jumlah pendapatan dan keinginannya untuk berbelanja dengan membeli barangan idaman.

“RichWorks lebih banyak pengalaman dan tahu apa masalah serta tahu strategi sesuai mengikut perniagaan masing-masing serta bagaimana untuk melonjak hasil jualan yang tinggi untuk semua peserta,”

“Apa yang membuatkan saya teruja, RichWorks juga sentiasa memberi sokongan berterusan untuk pastikan kita sentiasa berada di landasan yang betul dan tidak tergelincir.”

“Malahan, ilmu yang diajar RichWorks juga menyeluruh dan bukan hanya terhad kepada pemasaran semata-mata, tetapi pengurusan, akaun, teknikal dan segala yang berkaitan dengan perniagaan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan individu dalam circle Titan adalah mereka yang sentiasa hendak mempertingkatkan diri dan perniagaan serta sentiasa bersikap positif.

“Selain bersaing dengan diri sendiri, kami turut bersaing dengan usahawan lain dan membuatkan saya sentiasa hendak mencapai apa yang mereka telah capai,” jelasnya.

Dengan pengalaman dan ilmu sepanjang menceburi bidang perniagaan ini, Norhaslinda turut memasang impian dan cita-cita yang lebih tinggi untuk menembusi pasaran di 56 buah negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dengan menyasarkan jualan RM5 bilion pada tahun 2035.

Beliau turut bercita-cita dan menanamkan azam untuk menyumbang semula kepada masyarakat sebanyak yang boleh sebelum meninggal dunia.

“Saya juga berazam untuk membina masjid, menjadi pembayar zakat terbanyak dan mewakafkan tanah kubur. Di samping itu saya juga mahu membantu keluarga dan kakitangan saya berjaya di dunia dan akhirat,” jelasnya.

Akhir kata, Norhaslinda turut berpesan kepada usahawan yang baru hendak berniaga atau memang sudah berniaga agar memberi fokus dan menguruskan perniagaan dengan serius.

“Kita perlu tahu ke mana hala tuju perniagaan kita. Adakah semata-mata mahu mengisi masa lapang atau kita ada visi serta misi yang lebih besar untuk perniagaan kita.“Selain itu, bagi yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan ketika penularan Covid-19, adalah lebih baik menjalankan aktiviti perniagaan tanpa modal dahulu seperti dropship. Tidak kira perniagaan apa sekalipun, buatlah sesuatu yang kita suka dengan penuh keazaman sehingga memberi hasil terbaik,” ujarnya.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…