Kisah seorang anak yang membantu bapanya menjual jagung di pasar malam sebaik habis sekolah pasti menimbulkan perasaan sedih.
Manakan tidak, dengan keuntungan bersih hanya RM15 diperoleh setiap malam, tidak banyak yang boleh dilakukan dengan nilai tersebut.
Lebih malang, adakalanya gerai jagung milik mereka gelap gelita kerana lampu gerak gagal berfungsi.
Itu antara kisah yang pernah dilalui Pengasas Produk Noufa Beauty Skincare, Nur Izzaty Salimun sewaktu menempuhi zaman kesusahannya, sebelum mampu membina rangkaian perniagaan sendiri.
Beliau berkata, kisah kehidupannya yang susah tidak pernah dikongsikan sebelum ini. Namun, dengan perkongsian ini beliau berharap ia mampu memberi inspirasi kepada orang lain untuk berjaya.
“Saya berasal dari kampung dan keluarga saya bukannya orang senang. Ayah saya merupakan bapa tunggal dan menyara hidup kami dengan menjual jagung sahaja.”
“Sering kali saya menemani ayah di pasar malam. Pernah saya lihat ayah saya berniaga dalam keadaan gelap gelita. Tapi pada masa itu saya tak mampu nak bantu kerana saya tidak pandai. Susahnya hati saya ketika itu, sedih rasanya apabila tidak mampu berbuat apa-apa untuk meringankan beban ayah,” katanya.
Mungkin disebabkan sering mengikut ayahnya berniaga, minat dalam bidang tersebut tertanam dalam diri Izzaty sehingga berjaya membuahkan hasil yang mampu dilihat pada masa ini.
“Saya minat berniaga sejak dahulu lagi terutamanya ketika menuntut di universiti. Pantang ada masa terluang saya akan lakukan kerja berkaitan sale kerana minat mendalam dalam perniagaan.”
“Lagipun saya tahu saya bukanlah daripada keluarga yang senang dan perlu berdikari untuk mengumpul duit sendiri. Apa yang penting, saya tidak akan biarkan cuti saya berlalu begitu sahaja.”
“Daripada situ juga saya bermula dengan melakukan dropship dengan keuntungan diperoleh antara RM1 sehingga RM2 bagi setiap barang. Pendapatan yang saya perolehi pula antara RM1,000 sehingga RM2,000 sebulan hasil menjadi dropshipper,” jelasnya.
Beliau yang mula sedar potensinya dalam bidang perniagaan, membuat keputusan yang agak sukar dengan memilih jalan untuk berhenti belajar ketika sedang menuntut di universiti.
“Saya memulakan perniagaan Noufa Beauty Skincare sebab saya sendiri menggunakannya dan merasakan banyak perubahan berlaku pada kulit saya yang bermasalah. Pelanggan juga mengakui keberkesanan produk tersebut.”
“Jadi apa yang saya lakukan, saya adunkan minat saya dalam perniagaan, dan niat untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah kulit yang mereka hadapi. Saya tahu betapa tertekannya mereka apabila mempunyai masalah kulit yang teruk kerana saya pernah merasakan pengalaman yang sama. Itulah sebab kenapa saya nak sangat bantu mereka,” jelasnya.
Perniagaan beliau semakin hari semakin berkembang sehinggalah berjaya menggajikan pekerja dan membina syarikat sendiri.
Bagaimanapun, beliau yang masih mentah pada masa itu merasakan ilmunya belum lengkap dan memerlukan bimbingan daripada guru yang berpengalaman untuk memastikan segala cabaran dapat ditempuhi.
“Saya mula dapat merasakan cabaran sebenar dalam dunia perniagaan apabila berniaga dan buat sales sendiri. Kita perlu fikir kebajikan kakitangan, urus keperluan syarikat dan pelbagai perkara lain lagi. Masa inilah saya stuck dalam perniagaan,” katanya.”
Justeru, langkah pertama yang Izzaty lakukan adalah dengan menyertai Program Nak Ubah Hidup (NUH) pada tahun 2019 anjuran RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman, iaitu pada tahun yang sama beliau memulakan perniagaan.
“Ketika pertama kali sertai seminar ini, saya bawa team 10 orang kerana saya tahu bukan mudah untuk duplicate staff. Nak guide team itu banyak cabarannya. Dan di sini lah banyak saya belajar,” katanya.
Selepas menyertai NUH, Izzaty berjaya meraih RM100 ribu dan beliau berjaya menambah ahli team dan kakitangan daripada 15 orang kepada 20 orang sehinggalah menjadi 40 orang.
“Selain itu, sejurus menyertai seminar ini, saya mula tahu bagaimana untuk buat sale sendiri dan belajar banyak lagi ilmu lain yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Jika dahulu saya anggap karakter kepimpinan tidak penting, setelah menyertai NUH saya bawa satu budaya kerja yang benar-benar berlainan ke dalam syarikat untuk mencapai kejayaan,” katanya.
Selepas beberapa tahun di bawah program itu, Izzaty merasakan adalah satu keperluan utama untuk setiap usahawan sentiasa menambah ilmu mereka dalam bidang perniagaan.
Ekoran itu, beliau mula memohon untuk MMM dan seterusnya, sehinggalah menyertai Titan.
“Sangat stres dan struggle untuk membangun dan mempertahankan perniagaan. Saya juga sering stuck apabila ada yang tidak yakin dan bertanya apa jaminan daripada seseorang yang berusia muda dan belajar pun tak habis nak bayar gaji orang. Apabila tiada ilmu, sangat susah untuk deliver apa yang kita nak sampaikan,” jelasnya.
Tambah Izzaty, segala ilmu dan nasihat serta bimbingan Dr. Azizan dalam Titanium adalah apa yang beliau perlukan dalam perniagaannya dan itu menyebabkan beliau terasa lebih dekat bersama RichWorks dan Dr. Azizan.
“Cukuplah saya berniaga tanpa mentor sebelum ini. Boleh depress rasanya kerana saya gagal berkali-kali dan tidak nampak peluang untuk berjaya. Namun sekarang saya mampu pecahkan rekod yang saya sendiri tidak sangka saya mampu lakukan,” ujarnya.
“Pada saya tanpa pembimbing, kita tidak akan faham sebab apa berlaku sesuatu kegagalan,” jelasnya.
Menurutnya lagi, menerusi Titan, beliau boleh melihat kejayaan circle yang lain dan berkongsi proses untuk berjaya. Malah kata Izzaty, beliau boleh belajar, berubah ke arah positif dan menyelesaikan segala teknik dengan kaedah yang terbukti berkesan.
Hasil dan perubahan selepas menyertai Titan dapat dirasakan apabila nilai jualannya pada tahun 2020 mencecah RM6 juta, manakala setakat Ogos 2021, pendapatan yang diperolehnya mencecah RM4.1 juta.
Dengan kejayaan yang beliau capai pada usia yang muda, Izzaty berharap beliau mampu membantu individu lain terutama mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan untuk terus berjaya.
Beliau menasihatkan agar mereka yang bermula dengan kosong dalam perniagaan supaya mendapatkan ilmu dan pengalaman terlebih dahulu, selain menanamkan sifat tabah serta cekal untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan dalam dunia perniagaan.
“Ya betul kita akan banyak belajar dari segala macam pengalaman yang dilalui, tapi ia mengambil masa dan kita mungkin akan lebih banyak menanggung rugi. Perlu diingat, kita tidak akan pandai sendiri tanpa belajar.”
“Tuntut ilmu daripada mereka yang telah terbukti mencapai kejayaan. Ini adalah langkah pertama yang perlu dilakukan dalam dunia perniagaan. Apa yang penting, jangan lupa cari mentor dan pembimbing supaya kita bersedia untuk jatuh dan bangkit dengan lebih kuat.”
“Semua bidang dalam dunia ini ada masalahnya, ada yang gunakan istilah cabaran. Walau apa pun, jangan terlalu fokus pada masalah sebaiknya fokus kepada penyelesaian masalah. Ingatlah, setiap kegelapan akan ada cahaya yang menerangi,” katanya.