Kerana bisnes, gagal universiti tapi muncul sebagai jutawan!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

“Kegagalan adalah sesuatu yang boleh diterima kerana setiap orang akan menempuh detik tersebut. Namun, jika tidak berusaha dan tidak melakukan apa-apa, itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.”

Demikian antara kata-kata keramat bekas pemain bola keranjang terkenal dunia, Michael Jordan tentang pentingnya berusaha dan bekerja keras tanpa mengenal erti penat lelah untuk mencapai kejayaan.

Kata-kata keramat Michael Jordan itu selari dengan kisah di sebalik kejayaan Pengasas Hayda Scarf, Nurul Aida Rosli yang telah lali dengan perkataan gagal, bermula dari zaman pengajian di universiti sehingga dalam perniagaan.

Malah, kegagalan yang ditempuhi Aida juga dijadikan sandaran untuk beliau pergi lebih jauh dan mencipta kejayaan tersendiri walaupun pernah gagal di universiti. Kegagalan beliau bagaimanapun bukanlah disebabkan oleh sikap malas atau suka berfoya-foya, sebagaimana mereka yang sebaya dan seusia dengannya.

Sebaliknya, beliau gagal kerana minatnya yang sangat kuat dalam bidang perniagaan dan fesyen mengatasi segala perkara yang menjadi teras pembelajaran serta pengajaran di universiti.

Menurut anak kelahiran Kelantan ini, minat beliau dalam bidang perniagaan telah lama bercambah dalam diri sejak di bangku sekolah lagi.

“Saya memang minat menjahit sejak dulu lagi. Sewaktu zaman sekolah ketika berada di tingkatan lima, saya suka menjahit tudung dan menjualnya pada guru sekolah. Apabila semakin ramai guru membeli, saya gunakan pula duit belanja sekolah hasil pemberian ibu bapa untuk dijadikan sebagai modal perniagaan.”

“Apa yang saya lakukan tidak terhenti setakat di situ sahaja. Apabila saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang perakaunan, minat saya terhadap perniagaan semakin bertambah, saya menjadi dropship beg tangan pula.”

“Namun, saya masih tidak puas sehingga saya menggunakan duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai modal untuk berniaga tudung dan menjual pada rakan-rakan di universiti,” katanya.

Disebabkan rasa ghairah untuk berniaga sudah tidak dapat dibendung dan beliau sudah tidak dapat mengimbangi antara pelajaran serta perniagaan, pelajaran beliau akhirnya terkandas di tengah jalan.

“Setiap semester pasti ada mata pelajaran yang saya akan gagal dan perlu repeat. Boleh dikatakan kegagalan dan diri saya pada masa itu sudah sebati sehinggalah akhirnya saya dibuang daripada pengajian,” jelasnya.

Sebaik gagal menamatkan pengajian, Aida yang berada di Kelantan pada masa itu mula mengorak langkah lain untuk memastikan hidupnya tidak diselubungi dengan kegelapan. Dalam masa yang sama Aida mahu membuktikan bahawa dibuang daripada universiti  bukanlah penamat kepada kejayaan.

Sudah tertulis takdir dan ketentuan, ketika Aida masih teraba-raba untuk menentukan hala tujunya, rakan beliau tiba-tiba menawarkan tiket percuma anjuran RichWorks yang mengadakan tour di seluruh negara termasuk di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Aida yang meminati bidang perniagaan hadir ke seminar tersebut dengan tiket yang bernilai RM70, tetapi percuma untuknya

“Anda bayangkan kesan yang dapat dilihat sebaik saya menyertai seminar berkenaan. Dalam tempoh lima bulan pertama saya berjaya memperoleh RM1 juta dan ia adalah satu pencapaian yang sangat menggembirakan,” ujarnya.

Pada tahun 2017, Aida yang mahukan perubahan lebih besar berlaku dalam hidupnya terus mendaftarkan diri dalam seminar Millionaire Marketing Mastery (MMM) untuk mempelajari teknik pemasaran.

Beliau kemudiannya mempraktikkan segala yang dipelajarinya di dalam perniagaannya.

“Saya berniaga menggunakan teknik live di media sosial saya dan berjaya mencapai RM300 ribu sebulan. Kemudian daripada RM300 ribu sebulan meningkat  kepada RM700 ribu sebulan. Lepas MMM, saya  terus join Titan sebab masa MMM, kami yakin Dr. Azizan Osman adalah mentor yang kami perlu jadikan guru,” ujarnya.

Apabila hasilnya semakin jelas, saya terus menghantar permohonan untuk menyertai Titanium pula pada tahun 2018. Bermula dari tahun tersebut sehinggalah kini saya sudah bersama-sama Titan selama empat tahun.

“Perubahan dapat dilihat pada diri dan syarikat yang saya usahakan sejak tahun 2014. Bermula dengan lima kakitangan sahaja, saya kini dapat berkongsi rezeki bersama kakitangan dan ejen di seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand,” katanya.

Selain itu, nilai pendapatan syarikatnya juga agak memberansangkan. Pada tahun 2020, syarikatnya mencatatkan jualan sebanyak RM6 juta manakala pada tahun 2021, ia dijangka akan mencecah RM9.1 juta.

Apa yang membanggakan Aida, ada ahli pasukannya yang berjaya memperoleh pendapatan sehingga RM1.2 juta dan mampu membeli kereta idaman dan rumah kediaman yang lebih selesa.

Bagaimanapun, sudah menjadi adat dalam perniagaan, Aida dan syarikatnya tidak terlepas daripada dilambung ombak dan badai yang mungkin membuatkan sesiapa sahaja hilang semangat jika berada di tempatnya.

“Saya masih ingat pada tahun 2019, saya ada 1500 ejen atau usahawa yang bernaung di bawah syarikat saya. Tapi apabila saya mahu mengubah sistem, 500 orang daripada mereka tinggalkan saya. Lantas saya bersabar dan berkata pada diri saya bahawa saya ada mentor iaitu Dr. Azizan. Apabila ada mentor sudah tentu ada bimbingan.”

“Justeru, saya bertanya pandangan Dr. Azizan, beliau nasihatkan untuk saya ubah sistem. Jadi saya buat apa yang beliau katakan dengan mengubah haluan kapal dan arah tuju dengan menggunakan sistem dropship,”

“Rupa-rupanya apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Meskipun hilang 500 ejen, tapi bilangan ejen-ejen baharu di bawah Hayda Scarf meningkat kepada 32 ribu orang. Susulan daripada peristiwa tersebut, saya bersyukur kerana berani membuat perubahan, walaupun tidak semua orang suka meskipun ia bagus untuk mereka,” jelasnya.

Beliau berkata, sejurus menyertai seminar di bawah RichWorks dan Dr. Azizan, beliau juga semakin mengenali dirinya sendiri.

“Saya tahu saya bukanlah budak pandai, sejak di universiti saya susah nak terima pelajaran. Tapi saya bangga dengan diri saya yang sentiasa konsisten dan tidak pernah berhenti belajar perkara-perkara yang saya minat.”

“Saya juga tidak akan sesekali melepaskan mentor dan tinggalkan team saya kerana saya percaya ilmu dalam perniagaan itu penting dan begitu juga proses mendapatkannya,” katanya.

Aida turut berpesan kepada yang mahu menceburi bidang perniagaan agar tidak risau tentang kegagalan dan dalam masa yang sama menekankan betapa pentingnya mencari mentor yang betul supaya dapat dibimbing ketika berdepan cabaran.

“Nasihat saya jangan pernah risau untuk buat tindakan. Dalam hidup ini ada dua sahaja, sama ada kita nak atau tidak. Jangan berhenti untuk bantu orang ketika menjadi usahawan. Jika kita hendak berjaya, ia bukannya mudah dan bukannya susah. Apa yang penting ialah mesti ada fokus dan terus kekal istiqomah, “ jelasnya.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...