Kerana Hutang Keliling Pinggang Pasangan Ini Bangkit Berjuang

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Nama pasangan ini mungkin tidak segah usahawan tersohor tanah air yang lain. Mungkin kerana mereka terhindar dari sebarang kontroversi atau populariti yang membuatkan kita semua tidak menyedari tentang mereka.

Namun, jika disebut jenama milik mereka, pasti ramai yang akan kagum dan bersetuju bahawa jenama ini begitu digemari terutama untuk mereka yang teliti tentang soal penjagaan rambut.

Jenama hebat yang dimaksudkan ialah Faith Fleur By CtyMary, diasaskan oleh pasangan suami isteri, Muhamad Abdul Halim Bahadorisam dan Siti Mariam Abd Samad.

Jenama ini telah menerima pelbagai pengiktirafan dan ia berdiri seiring dengan jenama rambut antarabangsa lain, yang melayakkan pasangan ini meraih gelaran jutawan sebelum usia mereka mencecah 30 tahun.

Namun, begitu di sebalik kejayaan ini, pasangan ini ada satu kisah perjuangan yang penuh duka di saat mereka baru sahaja berumah tangga.

“Kehidupan kami dulu bukanlah seperti yang anda nampak sekarang. Dulu kami pernah terdesak sehingga sanggup berhutang lebih daripada RM100 ribu ketika berusia 24 tahun.”

Antara hutang yang membelenggu mereka ialah hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hutang peribadi, kedai perabot dan juga Ah Long.

Setiap malam mereka sukar untuk tidur dengan lena kerana memikirkan hutang yang bertimbun. Adakalanya juga mereka menangis mengenang nasib diri.

Dari segi latar belakang pula, Siti Mariam adalah seorang jururawat manakala suaminya, Muhamad Abdul Halim bekerja di bengkel dengan pendapatan RM20 sehari. Sebelum berkahwin, Muhamad Abdul Halim bekerja sebagai pembantu gerai di pasar malam.

Jumlah pendapatan mereka setiap bulan tidak mencukupi bagi menampung kehidupan di bandar besar, apatah lagi untuk digunakan membayar semua hutang yang ada. Akibat tertekan, Siti Mariam berhenti kerja di awal perkahwinan tanpa berfikir panjang.

Situasi itu menyebabkan mereka tidak lagi mampu membayar hutang-hutang mereka. Malah ada di antara hutang-hutang tersebut yang jumlahnya semakin meningkat kerana tidak dibayar mengikut waktu yang ditetapkan.

Kehidupan pasangan ini terus diuji apabila kereta mereka ditarik dan saban hari mereka terpaksa menjawab dan mendengar ugutan daripada para pemiutang yang tidak berhenti-henti menghubungi mereka untuk memungut hutang yang belum dilunaskan.

Siti Mariam kemudiannya kembali menjadi jururawat dan beliau juga cuba menjalankan perniagaan dengan menjadi ejen produk, semata-mata untuk mencari wang bagi membayar hutang.

Namun demikian, rasa malu yang menebal dalam dirinya menghalang beliau dari membuat jualan. Akibatnya, keadaan kewangan terus parah, jumlah hutang kian meningkat dan hidup mereka semakin hari semakin tertekan!

“Pernah satu tahap tu, kami makan pun cuma sekali sehari, itu pun dengan menu nasi goreng kosong. Saya juga pernah setiap hari berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki train dan menangis bila mengenangkan nasib kami,” kata Siti Mariam.

Namun dalam keadaan yang penuh keperitan itu, Siti Mariam tahu bahawa beliau perlu bangkit dan tidak harus terus-terusan meratapi nasib diri.

Berbekalkan pengalamannya sebagai ejen produk sebelum ini, Siti Mariam mengambil risiko mengeluarkan produknya sendiri iaitu Faith Fleur, secara kecil-kecilan.

Faith Fleur merupakan produk penjagaan rambut dan kulit kepada bagi mengurangkan masalah keguguran rambut, membaiki rambut rosak, menghilangkan kelemumur dan melembapkan rambut yang kering kusam.

Selain itu, produk keluarannya itu juga turut membantu menyelesaikan masalah uban dan menggalakkan pertumbuhan rambut dengan membekalkan nutrien yang secukupnya.

Menyedari kekurangan ilmu perniagaan dalam dirinya, Siti Mariam menyertai Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) seawal dua minggu selepas produknya dikeluarkan, dengan niat untuk berguru dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Pada mulanya niatnya itu mendapat halangan daripada suaminya, Muhamad Abdul Halim yang begitu skeptikal terhadap Dr. Azizan. Suaminya tidak percaya dan yakin bahawa Mentor Usahawan itu mampu membimbing mereka untuk berjaya.

“Walaupun suami saya agak skeptikal pada masa itu, tapi saya memaksanya untuk turut serta hadir ke Seminar IMKK. Alhamdulillah, seminar itu berjaya mengubah sikap dan pemikiran beliau,” jelasnya.

Suaminya juga ujarnya turut mengikuti saranan Dr. Azizan agar meminta restu daripada ibu, ayah dan keluarga jika ingin maju dalam perniagaan.

Mengulas ilmu yang diperoleh mereka dalam program anjuran RichWorks itu, beliau berkata, mereka diajar tentang cara mengubah mindset dan membuang ego kerana sikap ego dalam diri mungkin akan menyekat rezeki yang Allah SWT telah tentukan.

Selain itu, mereka juga diajar tentang pentingnya untuk selalu bersikap positif, cekal dan tidak mudah berputus asa serta menjaga hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.

“Banyak sebenarnya ilmu yang kami peroleh. Kami juga diberi tunjuk ajar tentang cara membuat strategi dan hala tuju syarikat, ilmu kepimpinan dalam organisasi, kaedah pengurusan kewangan dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Hasil daripada ilmu yang ditimba dan didikan yang berterusan, perniagaan Faith Fleur menunjukkan peningkatan yang ketara dan memberangsangkan. Pada 2020, jualan syarikat itu mencecah RM21.9 juta dan setakat September 2021, ia bernilai RM14 juta.

Hari ini, mereka menggaji 65 kakitangan, memiliki sebuah wisma dan 3 buah gudang warehouse bernilai jutaan ringgit, mempunyai lebih 52 ribu pengedar di Malaysia, Brunei dan Singapura serta menempatkan lebih daripada 50 papan iklan di jalan-jalan utama.

Lebih membanggakan, Faith Fleur juga telah berjaya melahirkan 12 orang jutawan iaitu 7 orang jutawan pada tahun 2020 dan 5 orang jutawan setakat September 2020.

Selain itu, syarikat tersebut juga telah membantu ramai kakitangan dan ejen untuk membuka syarikat sendiri dan menjadi CEO untuk syarikat mereka. Faith Fleur turut melantik seniwati Erra Fazira sebagai duta produknya.

Siti Mariam dan Abdul Rahim turut menasihatkan mereka yang ingin memajukan perniagaan agar sentiasa menimba ilmu dan tidak ego dengan pengetahuan yang sedia dimiliki. Sikap ego menurut mereka tidak akan membawa ke mana sebaliknya hanya akan membuatkan mereka kekal berada di takuk yang lama.

Selain itu, mereka juga menekankan agar sentiasa menaik taraf ilmu yang dimiliki kerana zaman sentiasa berubah dan dalam proses mencari ilmu, pastikan ia diperoleh daripada guru atau mentor yang betul.

Kini Siti Mariam dan Abdul Rahim bukan sahaja mampu menarik nafas lega kerana telah bebas dari segala hutang mereka, malah mereka kini telah pun bergelar jutawan dan mampu memiliki apa sahaja yang diinginkan, yang dahulunya hanya sekadar impian semata-mata!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…