Bermula di pasar malam, kini membina empayar baju kurung!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Bagi penggemar baju kurung, pasti mereka akan ingat satu iklan Hasnuri ‘Hari hari pakai baju kurung dengan Hasnuri’ yang sering berkumandang di corong radio.

Pengasas Hasnuri iaitu Hasbullah Awang dan isterinya, Nuriah Zakaria berkata, Hasnuri sememangnya memfokuskan pemasaran baju kurung yang selesa dan mampu milik khas untuk kaum muslimah.

Demi untuk berkongsi suka duka dan rahsia untuk berjaya pada usahawan di luar sana, Hasbullah Awang dan isterinya, Nuriah Zakaria hadir ke sesi Titan Summit 2021 walaupun ketika itu beliau baru pulih dari sakit yang dialami.

“Hampir dua bulan saya diuji dengan kesakitan dan Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berkongsi di sesi ini. Hidup ini penuh dengan ujian. Kerja pun diuji, tak kerja pun diuji. Miskin atau kaya, kita tetap diuji.”

“Tahap ujian ini hanya kita yang boleh tentukan sama ada kita nak hadapi atau tidak. Hanya orang bijak saja boleh jadikan ujian ini satu nikmat. Jadi apa pilihan kita ada? Tanya diri nak terus jadi biasa atau luar biasa,” ujar Hasbullah penuh bermakna.

Kata-kata tersebut bukanlah lahir kerana mereka sudah berada di puncak kejayaan. Sebaliknya, ia untuk menggambarkan bagaimana peritnya mereka bermula.

Ini kerana, beberapa tahun dahulu Hasbullah dan isteri bekerja makan gaji dan beliau sendiri hanyalah seorang guru agama. Namun kesungguhan untuk menjana pendapatan selesa membuatkan mereka berdua menceburi bidang perniagaan.

“Kami mula berniaga pada 2014. Masa tu kami buka butik dan suami minta saya berhenti kerja, jaga butik pakaian dan jaga anak. Jadi sambil jaga anak, saya melayan customer.

“Masa tu, dalam mindset saya, kalau ada rezeki atau keuntungan, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun tak apa asalkan dapat jaga suami dan anak,” kongsi Nuriah sambil disokong oleh suaminya.

Pada 2015, Hasbullah dan Nuriah berniaga pula di tapak pasar malam dan tapak niaga kecil. Pelbagai barangan mereka jual termasuk pakaian dan satay ikan. Itu adalah salah satu cara untuk mereka memperoleh lebih banyak pendapatan.

Setelah ada peningkatan, mereka mencuba pula menyertai tapak jualan acara besar pada 2017 dengan menjual baju kurung. Ini  termasuk menyertai acara di Singapura dan Brunei.

“Masa buat event besar seperti di Singapura dan Brunei, kami rasa seronok sebab dapat buat sales antara RM10 ribu hingga RM20 ribu. Disebabkan itu, suami buat keputusan berhenti kerja untuk fokus pada bisnes.”

“Sebab kalau terlibat dalam event besar, ia memerlukan masa dan pengurusan yang betul. Tetapi, selepas suami berhenti kerja itulah kami diuji dengan pelbagai ujian,” kata Nuriah.

Apa yang berlaku, perjalanan perniagaan mereka tidak menjadi seperti yang dirancang. Perniagaan mereka hampir gulung tikar dan simpanan ratusan ribu mereka hanya tinggal RM10 ribu sahaja!

Ketika itu mereka merasa tidak berbaloi untuk menyertai acara besar kerana ia tidak sahaja memenatkan, malah keuntungan yang diperoleh tidak dapat menampung kos perbelanjaan yang digunakan.

Situasi itu kemudiannya memaksa pasangan ini mencari ilmu untuk memajukan perniagaan mereka dan untuk itu, mereka sanggup terbang ke Sabah semata-mata untuk menyertai program Millionaire Marketing Mastery (MMM) RichWorks.

“Kami mulanya tidak tahu nak belajar dengan siapa. Tapi ada orang cadangkan untuk masuk program MMM anjuran RichWorks sebab dalamnya ada 200 teknik marketing yang akan diajar. Kami tertarik tapi waktu tu program MMM hanya ada di Sabah.”

“Jadi lepas fikir, kami rasa kami perlu masuk juga sebab kalau nak tunggu seminar di Semenanjung, mungkin masa tu simpanan kami pun dah habis. Kami minta bantuan mak untuk jaga anak dan terbang ke Sabah untuk mengikuti MMM,” ujar Nuriah.

Bermula dari Program MMM, mereka terus belajar ke Program Business Growth Workshop (BGW), kemudiannya hadir lagi ke program RichWorks yang lain dan pada Disember 2017, mereka memohon untuk menjadi ahli Titanium.

Ketika ditanya apa perubahan yang mereka lakukan selepas dibimbing oleh RichWorks, Nuriah menjelaskan mereka merubah misi mereka terlebih dahulu.

“Selepas belajar, kami sedar bahawa berniaga perlu ada misi untuk bantu orang. Pada mulanya, saya buntu memikirkan bagaimana nak bantu orang dengan baju kurung? Jadi, kami ubah misi iaitu mengeluarkan baju kurung yang bukan saja boleh dipakai harian tetapi tetap menutup aurat dengan sempurna.”

“Dari misi inilah orang boleh mendapat manfaat akhirat dan dengan misi ini jugalah kami boleh bimbing team untuk lebih jelas dan tahu apa yang perlu mereka lakukan. Kami nak team tahu yang misi ini bukan setakat berniaga tetapi juga berdakwah,” sambung Nuriah lagi.

Ternyata dengan merubah misi mereka untuk membantu ramai orang, Hasbullah Awang dan isterinya, dapat menggalakkan kakitangan mereka bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bermula dari pembungkusan, pemasaran dan juga jualan kepada pelanggan. Mereka lebih jelas dengan sasaran mereka.

“Dari segi kepimpinan pula, kami menitik beratkan agar setiap kakitangan tak tinggal. Kami juga galakkan mereka membaca al-Quran pada waktu pagi. Niat kami adalah untuk turut menjadikan platform niaga kami ini untuk membina ummah,” katanya.

Terbukti, apabila pasukan dan kakitangan dipimpin dengan cara yang betul, mereka akan mempunyai sikap dan emosi yang betul, yang akhirnya turut boleh memberi impak positif kepada syarikat.

Pada 2018, Hasnuri mencatatkan jualan bernilai RM4 juta dan setahun selepas itu iaitu pada 2019, ia melonjak dengan sangat mendadak sehingga mencecah RM21 juta!

Mereka juga kini mempunyai kira-kira 150 kakitangan dan 120 ribu dropshippers, dan kira-kira 10 ribu daripada mereka telah pun berjaya meraih pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.

Apa yang lebih membanggakan, pasangan ini juga kini sudah mempunyai kilang sendiri yang bertempat di Pasir Gudang, Johor.

Hasbullah dan Nuriah yang kini bergelar Usahawan Jutawan juga menasihatkan kepada usahawan di luar sana agar sentiasa menekankan aspek kepimpinan dalam organisasi dan perniagaan mereka.

“Perkara yang perlu dibina untuk berjaya dalam perniagaan adalah leadership. Inilah yang diajar oleh RichWorks. Kalau kita nak berjaya, kita perlu ada semangat pemimpin.”“Pemimpin yang bagus akan menghasilkan team yang bagus. Tak mengapa jika kita mula sebagai pelajar atau pengikut dahulu. Jika kita percaya pada proses pembelajaran, kita mampu jadi pemimpin yang berjaya satu hari nanti,” nasihat Hasbullah sambil disokong oleh isterinya.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...