Petah berkata bawa tuah pada Eriyca!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Wajah wanita ini sering dapat dilihat menghiasi papan-papan iklan dan tentunya banyak mata pasti terpukau melihat kejelitaanya. Tidak hanya jelita, wanita ini juga petah berkata-kata sehingga ramai yang tidak jemu mendengar topik yang dikongsikan beliau di media sosial.

Usahawan wanita jelita yang dimaksudkan dalam kisah inspirasi ini diberi nama Eriyca Baiduri Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Madammu, pemilik Noir Beauty and Health.

Namun, tahukah anda bahawa jenama Noir yang diasaskan oleh beliau dan suaminya,  Muhammad Azri Che Noh ini juga sebenarnya bermula dari rumah dan jualan dilakukan hanya melalui sesi Live?

Malah pada peringkat awal, mereka memulakan perniagaan hanya dengan 500 botol krim pelindung wajah sahaja dan tiada siapa menyangka, hasil kerja keras pemiliknya, jenama Noir semakin meningkat naik dan dikenali ramai!

Antara jens produk yang ditawarkan oleh Noir ketika ini ialah produk pelindung tabir suria, serum, suplemen, kosmetik dan produk kecantikan.

“Saya berasal dari Besut, Terengganu, tapi dibesarkan di Ampang, Selangor. Sebelum berniaga, saya hanya suri rumah sepenuh masa. Saya mula berniaga pada tahun 2017 ketika kami nak berpindah rumah.”

“Bila nak pindah, ada banyak baju yang saya nak jual. Jadi saya tanya suami saya, nak jual macam mana baju yang banyak ni? Suami saya suruh saya jual secara online seperti yang Datuk Wira Dr. Azizan sarankan.”

“Suami saya memang bekas pelajar beliau. Sebenarnya, saya jenis tak berkawan, kurang bercakap dan pemalu. Bayangkan selama ini saya tak pernah ada Facebook. Tahun 2017, barulah saya buka akaun Facebook,” kongsi Eriyca Baiduri.

Dari situ, beliau yang berkelulusan Ijazah Komunikasi Massa mula memberanikan diri berjinak-jinak dengan perniagaan online secara kecil-kecilan. Pada awalnya, Eriyca Baiduri merasa seronok melihat hasil pendapatan mencecah dua atau tiga ribu sebulan. 

“Setiap hari saya membiasakan diri membuat Live di mana-mana hanya dengan menggunakan telefon. Saya sandarkan telefon dekat pasu aje.”

“Topik yang saya share pula semua tentang kecantikan. Sedikit demi sedikit, saya melihat pengikut saya bertambah,” kata beliau.

Namun demikian, akibat kelemahan terutamanya dari aspek perancangan dan bimbingan yang betul, perniagaan kecil dari rumah itu terus terkubur.

Beliau bernasib baik kerana mempunyai aura yang kuat dalam menarik pengikut media sosial terutama melalui Live.

Sampailah pada tahun 2018, beliau mula risau dan duduk berdiam diri sahaja mengharapkan suami semata-mata. Lalu Muhammad Azri menyarankan beliau untuk menyertai RichWorks.

Kelas pertama yang dihadiri mereka ialah 10xGrowth. Mengakui ingin memahami dunia bisnes dengan lebih dalam lagi, Eriyca Baiduri merasakan beliau perlu mendapat bimbingan lebih dekat melalui program Titanium.

“Bila dah duduk di bawah Titanium, baru saya nampak dengan jelas hala tuju perniagaan. Ini kerana, cara Datuk Wira Dr. Azizan memberi bimbingan sangat detail. Satu persatu beliau akan kupas dan kalau pelajar tanya soalan, Dr. Azizan mampu memberi jawapan yang bernas.”

“Ternyata, perniagaan ini sebenarnya perlu ada matlamat untuk membantu orang lain bukan untuk diri sendiri sahaja. Tambahan pula, memang niat saya nak tolong wanita-wanita lain untuk tampil cantik. Kalau ada masalah kulit, lagi saya nak bantu.”

Pada tahun 2018, beliau telah mencapai angka juta pertama  iaitu sebanyak RM3.3 juta. Ianya adalah jumlah yang jauh berbeza jika dibandingkan RM300 yang diraihnya di tahun 2017.

Menurut Ericya Baiduri, perkara betul yang beliau lakukan untuk terus berjaya ialah melakukan Live dan pemasaran secara konsisten.

“Dari awal kami tubuhkan lagi, saya sangat konsisten dengan live saya. Walaupun sekarang saya dah ada 100 billboard, dah ada iklan tv dan radio tapi saya tetap teruskan Live yang saya buat malah adakalanya saya tambah lagi sesi tersebut,” ujarnya.

Dari segi pengurusan team pula, Ericya mengatasi cabaran itu dengan melakukan 3 kelas setiap minggu. Hasilnya, rekod jualan Noir terus meningkat. Bagi Eriyca, usaha ini bukanlah demi wang semata-mata, tetapi memberi peluang kepada para wanita untuk menjana pendapatan sendiri.

Ini kerana Eriyca turut mahu membantu ejen dan stokisnya untuk merebut peluang menambah pendapatan terutama suri rumah yang ingin menambah ekonomi diri dan keluarga.

Tahun 2019 melakar sejarah, apabila jenama Noir mencatat jualan sehingga RM18.3 juta berbanding tahun sebelumnya. Mereka juga telah berpindah ke lot kedai tingkat 1 dan mempunyai 9 orang staf. 20 unit billboard dibangunkan untuk tujuan kempen.

Akui Eriyca Baiduri, kejayaan ini mungkin tak dapat dikecapi jika tidak dibimbing oleh mentor yang betul. Tambah menarik, perniagaannya lahir tanpa sengaja dengan hanya bermula dengan strategi zero kos marketing!

Kesan mengikuti program RichWorks, melalui ilmu dan pengisiannya telah membantu Eriyca membina kepimpinan, demi memastikan organisasi Noir berkembang dengan maju.

Selain itu, iklan Noir kian rancak bersiaran di kaca televisyen. Semasa pandemik, jualan Noir terus meningkat seiring dengan penambahan ejen seramai 10 ribu orang dan 100 lagi unit billboard dipasang.

Kakitangan juga meningkat seramai 21 orang dan mereka juga kini berpindah dan beroperasi di sebuah wisma bangunan 4 tingkat. Hari ini, pendapatan di tahun-tahun pandemik melebihi RM30 juta.

Ketika diajukan soalan apakah perkara yang paling membanggakan selepas perniagaannya berjaya, jawab beliau, ketika lahirnya stokis jutawan jenama Noir dengan pendapatan RM1.8 juta sebulan.

Kejayaan itu dianggap sangat berharga kerana produk keluaran syarikatnya mampu mengubah hidup seseorang. Namun semua itu tidak akan mampu tercapai tanpa ilmu.

“Bagi saya, kalau nak berjaya, kita perlu selalu menambah ilmu. Tanpa ilmu bagaimana kita nak bantu orang? Ilmu yang betul, menjadikan siapa saya hari ini.”

“Oleh itu, carilah mentor yang betul, kerana daripada mentor, baru kita dapat ilmu yang betul dan boleh bantu kita untuk berjaya,” nasihatnya lagi.

Eriyca Baiduri juga turut menekankan tentang kepentingan konsisten dalam melakukan apa jua yang dilakukan, jika benar-benar ingin berjaya.

Jika seseorang itu tidak konsisten, sudah tentu apa yang dilakukan tidak akan berakhir dengan jayanya dan mugkin menjadi sia-sia!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...