Tagline ‘Apa Sa?’ lonjak kejayaan Nur Aini dan Saiful Anuar

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Setiap kali menelusuri jalan raya di Malaysia, pasti kita akan tertarik dengan iklan Nurraysa yang popular dengan kata soal ‘Apa Sa?’. Nurraysa adalah sebuah syarikat yang diusahakan oleh pasangan usahawan Nur Aini Zolkepeli dan Saiful Anuar Seliman.

Syarikat mereka banyak membantu usahawan-usahawan lain menjana pendapatan, bersama jenama Nurraysa, sehingga ada di antara usahawan tersebut yang turut menjadi jutawan seperti mereka.

Menurut Nur Aini, produk Nurraysa sudah lebih 10 tahun berada di pasaran. Tidak hanya di Malaysia, produk ini juga mendapat sambutan malah membantu ramai usahawan menjana pendapatan, termasuk di Brunei dan Singapura.

Mendengar pencapaian tersebut, pasti ramai tertanya-tanya bagaimana Nur Aini dan Saiful Anuar boleh berjaya di usia muda sehingga bergelar usahawan berjaya? Lebih menarik, mereka bergelar jutawan sebelum usia mereka mencecah 30 tahun!

Bagaimanakah mereka bermula, apakah rahsia kejayaan mereka dan seteruk manakah cabaran yang mereka hadapi dalam perniagaan mereka? Mereka tidak menggunakan pengiklanan bersifat kontroversi, tetapi apakah cara untuk menjadi seperti mereka?

“Nurraysa sebenarnya bermula ketika saya berusia 19 tahun. Masa tu, saya baru sahaja berkahwin dengan suami dan masih belajar. Niat saya nak berniaga masa tu sebab saya nak bantu suami dan keluarga. Saya cuba meringankan bebanan mereka,” katanya.

Suami Nur Aini ketika itu hanyalah seorang pemandu pengorek kaut (backhoe) dan gaji beliau tidaklah sebesar mana. Sebelum sampai akhir bulan, gaji yang ada biasanya akan habis kerana tidak mencukupi untuk menampung keperluan sehari-hari.

Tercetusnya idea di fikiran Nur Aini untuk berniaga adalah kerana beliau melihat ramai orang yang menjalankan perniagaan online dari rumah, berjaya mencapai hasil jualan yang mengagumkan.

“Saya kagum melihat ramai orang yang berniaga online dan berjaya. Saya teringin nak jadi seperti mereka. Tapi masa tu, saya pula masih tercari-cari apakah produk yang sesuai untuk diniagakan,” katanya.

Setelah membuat kajian, beliau memilih untuk menjalankan perniagaan menjual rumpai laut dari rumah, berbekalkan wang modal sebanyak RM500 yang dipinjam olehnya daripada suaminya.

“Alhamdulillah, rumpai laut saya mendapat sambutan dan saya juga dapat membayar balik wang yang saya pinjam daripada suami. Jualan saya masa tu meningkat sehingga berbelas ribu sebulan walaupun saya masih takde ilmu,” ujarnya.

Ketika itu beliau hanya meniru apa yang dilakukan oleh usahawan-usahawan lain dan merasakan yang beliau juga boleh melakukan perkara yang sama. Namun beliau silap, selepas setahun, perniagaannya jatuh ekoran masalah harga dan tiada ilmu perniagaan.

Tidak berputus asa, Nur Aini mencuba pula nasib dengan menghasilkan sabun rumpai laut dari rumahnya dan menjualnya. Siapa menyangka, jualannya mendapat sambutan yang begitu baik sekali sehingga beliau berjaya meraih pendapatan 5 angka sebulan.

Dari situ, Nur Aini berazam untuk memajukan lagi perniagaan sabun yang dijalankannya. Bagaimanapun, mengambil iktibar dari perniagaannya yang gagal di masa lalu, kini beliau dan suaminya bersedia untuk belajar ilmu-ilmu baharu.

Tanpa mengambil masa yang lama, pasangan tersebut kemudiannya membuka langkah kanan dengan hadir ke Program Klinik Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang dianjurkan oleh RichWorks pada tahun 2012.

Program tersebut berjaya membuka mata mereka! Antara yang dipelajari dalam program itu ialah jika ingin berjaya dalam hidup dan perniagaan, mereka hendaklah bersedia untuk turut membantu dan memberi manfaat kepada  orang lain.

“Dari situlah timbul idea untuk membantu suri rumah seperti saya menjana pendapatan. Kami memberi mereka peluang untuk bersama-sama Nurraysa membangunkan jenama dan memasarkan produk syarikat,” kata Nur Aini.

Demi mencari lebih banyak ilmu untuk membangunkan perniagaan, mereka berdua kemudiannya menyertai pula Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan mendapat bimbingan yang lebih mendalam daripada Dr. Azizan.

Menerusi ilmu marketing yang diperoleh dan digunakan secara konsisten, jualan produk Nurraysa telah melonjak naik sehingga mencecah lebih RM100 ribu sebulan! Namun demikian, semakin besar cita-cita, maka semakin besar cabaran dalam perniagaan.

Dengan jumlah ejen dan stokis yang ramai, mereka tidak terlepas dari berdepan dengan dugaan. Ekoran kelemahan menguruskan ejen, stokis dan dropshippers, timbul masalah dengan pengeluar produk.

Ketika itu Nur Aini dan suaminya sedar bahawa mereka mesti terus belajar dengan RichWorks jika tidak, perniagaan yang semakin besar tentunya akan memberikan mereka lebih banyak cabaran yang mungkin tidak mampu mereka hadapi.

Pada 2016, Nur Aini dan Saiful Anuar menyertai Titanium dan melalui kelas-kelas yang dihadiri, mereka berjaya mendapatkan bimbingan dan coaching lebih dekat dengan Dr. Azizan. Mereka juga turut ditegur dan diberikan nasihat atas kesilapan yang dilakukan.

“Banyak ilmu yang kami pelajari seperti pengurusan operasi syarikat, teknik kepimpinan berkesan, cara membentuk dan melatih pasukan, strategi hala tuju syarikat dan banyak lagi. Ahli-ahli circle Titan juga banyak memberi nasihat dan tips,” kata Nur Aini.

Hasil daripada program Titan, Nur Aini akhirnya berjaya mencapai RM1 juta pertamanya, hanya dalam tempoh tiga bulan selepas menyertai program tersebut. Ketika itu beliau baru berusia 23 tahun dan telah bergelar seorang jutawan!

“Kejayaan itu adalah usaha bersama di antara saya dan suami. Walaupun perniagaan ini saya yang mulakan, tetapi suami saya sanggup berhenti kerja untuk bersama-sama membangunkan Nurraysa sehingga hari ini ia semakin maju dan berkembang,” jelasnya.

Di sepanjang tahun 2020, Nurraysa meraih pendapatan RM30 juta setahun dan dalam 9 bulan pertama 2021, jumlah jualan yang dicatat juga ialah RM30 juta.

Hari ini, produk yang terkenal dengan barangan kecantikan mesra wuduk yang bermula dari rumah ini, telah pun menjadi jenama terkenal dengan jumlah stokis, ejen dan dropshippers mencecah 6,000 di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Setiap bimbingan yang diberikan oleh RichWorks dan Dr. Azizan adalah sesuatu yang sangat bermakna buat kami. Ia benar-benar mengubah diri serta perniagaan yang kami jalankan.”

“Kalau ikutkan, sasaran impian kami semasa dalam kelas hanya RM5 juta setahun. Tapi, kami tak sangka bahawa kami berjaya mencapai lebih daripada itu. Kami benar-benar bersyukur dengan kejayaan hari ini,” ujar Saiful Anuar pula.

Setakat ini, Nurraysa telah menerima Anugerah SEBA – Excellence in Halal Beauty Product (2017) dan Emerging Woman Entrepreneur of The Year (2017) serta The Brand Laurette Halal World Best Brand 2018 dan Asia Pacific Top Excellence Brand.

“Kalau anda juga nak berjaya, cuma satu pesan kami. Jangan berhenti belajar,” kata Nur Aini dan Saiful Anuar.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...