Batang buruk punca kekayaan!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai jutaan ringgit! 

Pendapatan lumayannya itu diperoleh hasil daripada kerja kerasnya menghasilkan kuih tradisional berkenaan yang hanyalah diperbuat daripada tepung gandum, kacang hijau, gula dan garam.

Nor Hedayah Kaulan akan menceritakan kisah kejayaannya dalam kisah ini.

“Alhamdulillah berkat pengorbanan dan kesabaran selama ini, saya berjaya meraih pulangan RM3.6 juta pada September 2021. Ini bukannya omong-omong kosong tetapi realiti,” ujarnya.

Ketika diminta berkongsi rahsia kejayaannya itu, pengasas Syarikat Hedy’s International Sdn Bhd ini memberitahu bahawa sebelum berniaga, dia hanya bergantung kepada gaji sebagai penjawat awam dan sering menghadapi masalah kewangan.

Bukan tidak mensyukuri rezeki yang diperoleh setiap bulan katanya, namun gaji yang hanya cukup-cukup makan membuatkan beliau sering berkira-kira setiap bulan bagi memastikan wang gaji yang diterima cukup untuk dipakai sehingga ke akhir bulan.

“Masa tu kalau nak balik kampung suami di Sarawak pun saya terpaksa kira bajet dengan berhati-hati sebab duit gaji saya sebenarnya hanya cukup untuk komitmen bulanan. Untuk mencari duit lebih, suami saya juga pernah membawa Grab,” katanya.

Dalam keadaan keluarganya yang tersepit dengan masalah ekonomi dan kewangan, terdetik di hatinya untuk berusaha mencari pendapatan sampingan dengan menjual barang-barang seperti pomade, tudung dan pelbagai produk lain.

Katanya, jika beliau tidak mengambil inisiatif untuk berniaga, mereka suami isteri tentunya tidak mampu mempunyai lebihan wang, terutamanya untuk menyediakan kelengkapan semasa tibanya Hari Raya.

Ketika itu ujarnya, perasaan malu dibuang jauh semata-mata ingin mencari rezeki yang halal. Tetapi ketika itu, beliau hanya menjual produk keluaran usahawan-usahawan lain.

“Saat paling sukar yang tak boleh saya lupakan ialah apabila saya pernah difitnah macam-macam semasa saya menjalankan perniagaan. Paling teruk apabila rakan seperjuangan juga hilang kepercayaan pada saya dan ramai ejen lari,” katanya.

Tidak setakat itu, akibat fitnah tersebut juga satu demi satu pekerjanya berhenti kerja dan jualan perniagaannya semakin merosot. Selain itu, dia juga terpaksa menanggung hutang keliling pinggang.

Nor Hedayah berkata, dia hampir berputus asa dan murung mengenangkan nasib yang menimpa diri dan perniagaannya. Dia tidak menyangka usaha dan kerja kerasnya musnah begitu sahaja.

Keadaan yang dilaluinya itu membuatkannya sering bersedih, tetapi suaminya, Mohd Sallihin Saee sering memberikannya kata-kata semangat dan memintanya agar menganggap apa yang dilalui olehnya sebagai satu pengalaman hidup dalam berniaga.

Kehidupan Nor Hedayah kemudiannya berubah selepas beliau menyertai satu program motivasi perniagaan dan beliau mula fokus mengeluarkan produknya sendiri iaitu kuih batang buruk.

Ramai yang bertanya mengapa beliau memilih untuk menjual kuih itu dan bukan kuih-muih atau produk-produk lain. Jawapannya mudah. Ini kerana beliau hanya tahu membuat kuih itu sahaja yang sememangnya kepakarannya sejak anak dara lagi.

Jelasnya, kuih batang buruk yang dihasilkannya adalah berasaskan resepi asli dari negeri Johor.

“Bukan mahu mendabik dada tetapi batang buruk buatan saya agak ranggup, rapuh, cair di mulut sampai tersemat ke hati. Itulah sebabnya saya menerima permintaan luar biasa daripada pelanggan,” selorohnya.

Bagaimanapun begitu katanya, cabaran dan dugaan sememangnya tidak akan lari dari dirasai oleh setiap peniaga dan itu juga apa yang dilalui mereka suami isteri sebelum mengecapi kejayaan.

Jelasnya, di saat perniagaan mereka mula menunjukkan hasil yang merkea harapkan, tiba-tiba semuanya berubah sekelip mata. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia membawa kesan yang buruk kepada perniagaan mereka.

Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 bagi membendung virus itu dari terus menular dan membunuh ramai orang membuatkan perniagaan yang dijalankannya mengalami kerugian yang amat besar.

Katanya, akibat pelaksanaan perintah itu, hasil jualannya yang sebelum itu bernilai kira-kira RM60,000 sebulan jatuh merudum dan hanya mencatatkan angka kira-kira RM18,000 sebulan, jauh dari jumlah asal yang sering diperoleh oleh syarikat mereka.

“Saya buntu memikirkan nasib perniagaan kami dan saya juga sudah mula hilang arah. Hasil jualan kedai sudah tidak dapat menampung sepenuhnya komitmen bulanan yang harus ditanggung termasuklah kos gaji pekerja dan sewa kedai,” katanya.

Bagaimanapun, tindakannya menyertai program-program RichWorks dan masuk ke kelas-kelas yang dikendalikan  oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, akhirnya menjadi penyelamat kepada perniagaannya. 

Nor Hedayah memberitahu, pernah satu ketika dia sehingga terpaksa menggadai gelang emasnya untuk menyertai program-program yang dianjurkan, namun pengorbanan itu membuahkan hasil kerana masalah perniagaannya dapat diatasi.

“Sistem sokongan yang disediakan oleh Dr. Azizan dan Richworks International sememangnya luar biasa. Selain berkongsi tips-tips perniagaan dan bagaimana untuk berjaya, circle Titan juga memainkan peranan yang sangat penting.”

“Saya diberikan bimbingan dari pelbagai aspek seperti cara menjadi pemimpin dalam organisasi, cara menguruskan perniagaan, selain dipupuk dengan sikap berpandangan jauh dan merancang perniagaan sekarang untuk 100 tahun akan datang,” katanya.

Antara nasihat paling penting daripada Dr. Azizan yang dipegangnya ialah just trust the process dan kata-kata itu terbukti benar apabila segala proses pengalaman yang dilalui mereka akhirnya membolehkan syarikat meraih jualan jutaan ringgit semasa PKP.

Pada tahun 2020 ujarnya, Hedy’s International Sdn Bhd mencatatkan perolehan sebanyak RM2.6 juta dan jumlah itu terus meningkat pada tahun 2021 apabila di antara Januari sehingga September sahaja, nilai jualan mereka sudah mencecah RM3.6 juta!

“Saya sendiri tidak menyangka, dengan hanya menjual batang buruk sahaja, kami kini berjaya berpindah ke bangunan pejabat dua tingkat dan mampu memberikan wang kepada orang tua pada setiap bulan.”

“Kami juga dapat membeli kereta idaman dan berjaya membeli rumah sendiri,” ujarnya.

Menurut Nor Hedayah, mereka juga kini sudah mampu untuk bersedekah dan bertekad untuk membantu lebih ramai orang mencari pendapatan melalui Hedy’s International!

Kepada usahawan atau bakal usahawan, Nor Hedayah memberitahu bahawa jika mereka ingin berjaya dalam perniagaan, perkara paling penting ialah mereka tidak harus mengalah dengan setiap ujian yang melanda.

Selain itu ujarnya, pertingkatkan kemahiran diri dengan menuntut lebih banyak ilmu dan jangan lupa mencari ‘guru’ yang betul yang boleh membimbing ke arah kejayaan!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…