Masalah ‘plus size’ majukan butik Norajihah

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Umum tentu tahu bahawa mereka yang bertubuh besar sering kali berdepan kesukaran untuk mencari pakaian yang bersesuaian dengan mereka. Sedangkan, golongan ini juga pastinya turut ingin kelihatan cantik dan bergaya, sama seperti orang lain.

Disebabkan itu, Butik Najmar Collection menawarkan pelbagai pakaian plus size yang selesa dan cantik, yang direka dengan gaya dan cita rasa terkini, demi memenuhi keperluan golongan bertubuh besar agar mereka juga tampil bergaya dan lebih yakin.

Mungkin disebabkan niat penubuhan butik ini adalah untuk membantu menyelesaikan masalah mereka yang bertubuh besar, ia menjadi semakin dikenali dan mempunyai ramai pelanggan setia.

Pengasas butik yang kini menjana pendapatan jutaan ringgit ini ialah Norajihah Ahmad Shahlan dan sejarah penubuhan butik beliau sebenarnya bertitik tolak daripada masalah peribadi yang dihadapinya sendiri untuk mencari pakaian yang sesuai.

Di situlah tercetus idea untuk melancarkan House of Blouse by Najmar pada 2015 yang bermatlamat membantu wanita plus size untuk mencari blaus dengan rekaan yang ringkas, cantik dan selesa, walaupun ketika itu beliau tiada ilmu pengetahuan.

“Bila kita nak capai perkara yang kita nak sangat capai, kita perlu sanggup buat sesuatu yang tak pernah dilakukan sebelum ini. Ini sebenarnya adalah nasihat untuk diri saya sendiri pada lima tahun lepas sebelum bersama RichWorks,” ujar beliau.

Sebelum berniaga, beliau bekerja sebaik tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, beliau diuji apabila ibu beliau meninggal dunia. Situasi ini membuatkan beliau terpaksa membuat pilihan besar.

Disebabkan enggan berjauhan dengan ayah, beliau menolak tawaran menyambung pelajaran dan sebaliknya bekerja dengan seorang tauke Cina yang bertanggungjawab mendedahkan beliau kepada bisnes dan mengajar apa yang perlu lakukan.

Ternyata pendedahan awal ini membuatkan beliau menjadi seorang yang tidak suka membazir masa tetapi berani mengambil langkah permulaan untuk mencapai kejayaan di usia muda dengan berniaga pakaian tersebut.

“Bagi saya, bukti bermaksud nombor. Nombor pula hanya diperoleh hasil daripada kerja keras. Kalau kita bercakap dengan seseorang dan hanya bergantung dengan kata-kata, kita mungkin boleh tertipu.”

“Bila saya nak buat tindakan, saya suka melihat bukti dan kira-kira. Kalau tindakan itu saya lihat cuma membazir masa, saya tak akan buat. Begitu juga dalam belajar. Saya suka tengok bukti pencapaian baru saya yakin untuk pilih,” ujar beliau lagi.

Kerana itu, apabila beliau melihat sendiri penganugerahan yang diraih oleh pengasas RichWorks, Datuk Dr. Azizan Osman, Norajihah bertanya pada diri, siapa lagi yang boleh mengajar tentang ilmu bisnes kalau bukan orang seperti ini.

Pada pandangannya, Dr. Azizan telah membuktikan keupayaannya membantu ramai usahawan untuk berjaya dan disebabkan itu, beliau berminat untuk belajar dari mentor usahawan tersebut dan beliau menyertai Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Ketika itu, Butik Najmar yang ditubuhkannya beroperasi dalam satu lot setingkat yang dikongsi separuh dengan penyewa lain.

“Kalaulah masa boleh diulang kembali, saya rasa seperti saya nak undur masa 5 tahun ke belakang supaya saya boleh belajar dengan RichWorks lebih awal iaitu semasa saya mula-mula membuka perniagaan,” katanya.

Norajihah memberitahu, semasa melihat perkongsian di hot seat dalam program IMKK tersebut, beliau sudah nampak hala tuju dan impiannya dan beliau berazam untuk terus belajar dan fokus agar sukses dalam apa yang sedang diusahakannya.

Ternyata, itulah yang beliau lakukan iaitu beliau beliau belajar, fokus dan bertindak. Hasil daripada usaha itu, pada 2017, perniagaan butiknya semakin berkembang dan berjaya mencapai hasil jualan bernilai RM1.9 juta!

Tidak berhenti mengejar ilmu, pada 2018 beliau mendaftar pula program Titanium dan berjaya terpilih untuk meneruskan pembelajaran bersama Dr. Azizan dan ahli-ahli Titan yang lain. Di tahun sama, keuntungann syarikatnya melonjak naik menjadi RM4.7 juta!

Menurutnya, permintaan yang tinggi dari pelanggan membuatkan beliau turut berdepan dengan masalah penyimpanan stok sehingga ruang persalinan dalam butiknya turut terpaksa dijadikan tempat menyimpan stok barang.

Bagi Norajihah, apa yang dilaluinya itu juga adalah satu cabaran dalam perniagaannya dan cabaran tidak hanya bermaksud apabila kedai tidak dikunjungi pelanggan, tetapi apabila pelanggan terlalu ramai dan permintaan terlalu tinggi, itu juga satu cabaran.

Sejak menyertai Titan, Norajihah bersyukur keranai pelbagai ilmu dalam menguruskan perniagaan dan cara mendepani cabaran dapat dipelajarinya, bukan sahaja dari RichWorks dan Dr. Azizan, tetapi juga dari rakan-rakan usahawan lain dalam circle Titan.

“Walaupun kami belajar dan dibimbing, itu tidak bermaksud kami tidak ada cabaran dalam perniagaan kami. Cabaran itu datang dalam pelbagai bentuk tapi apa yang penting ialah bagaimana kita menerimanya dan apakah cara menanganinya.”

“Saya mengakui kadang kala bila kita lihat cabaran di luar sana, tidak semuanya mudah untuk kita hadapi. Ini kerana perniagaan itu sendiri sebenarnya adalah satu perjuangan dan dalam perjuangan ada cabaran.”

“Maka sebab itulah penting untuk kita belajar, tidak takut melabur untuk mendapatkan ilmu dan kita perlu pandai memilih kawan dan circle yang betul kerana itu semua akan membantu dan menyokong kita menangani cabaran yang kita hadapi,” kata beliau.

Dengan memanfaatkan setiap ilmu pengetahuan, nasihat dan teguran yang diterimanya semasa belajar di RichWorks, hari ini butiknya mampu berdiri megah dalam sebuah bangunan wisma 3 tingkat, yang melambangkan perjuangan dan kejayaan butiknya.

Hasil perolehan perniagaannya juga terus melonjak naik dan ia terbukti apabila jualan pada tahun 2020 mencecah nilai RM7.5 juta, manakala di antara Januari hingga September 2021, jualan butiknya sudah mencatat nilai RM6 juta!

“Nasihat saya, semakin kita pergi jauh dan lebih tinggi, kita perlu semakin merendah diri. Tetapi dalam masa sama, kita perlu untuk terus menambah keyakinan dan rasa percaya pada diri. Tanpa keyakinan dan percaya diri, kita tentu sukar membuat keputusan besar.”

“Dan bila kita tak yakin dengan diri kita dan apa yang kita buat, sudah tentu orang lain juga tidak akan yang dengan kita dan itu akan menjadi antara penghalang untuk perniagaan kita mencapai kejayaan,” katanya.

Bagi Norajihah, kemajuan demi kemajuan yang dicapai olehnya bukan setakat satu kebanggaan pada dirinya, tapi lebih penting ialah satu cabaran dan pembakar semangat untuknya terus mendaki lebih banyak kejayaan pada tahun-tahun mendatang!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...