Tidak percaya pasukan punca Najeehah hampir terjunam!

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

Salah satu kaedah rawatan alternatif yang kian popular di negara ini dan semakin mendapat tempat di hati pengguna ialah rawatan aromaterapi. Bau yang segar dan boleh digunakan untuk pelbagai manfaat menjadikan produk ini digemari ramai.

Disebabkan itu, hari ini ramai pengusaha yang memilih produk aromaterapi sebagai produk perniagaan mereka kerana hampir semua orang sukakan persekitaran yang harum dan nyaman, tidak kira sama ada di rumah, di pejabat atau dalam kenderaan.

Meski begitu, perlu diingat bahawa perniagaan ini memerlukan strategi yang betul kerana tanpa strategi yang berkesan dikhuatiri perniagaan yang baru dibina tidak dapat bertahan lama dan mungkir akan terkubur lantaran persaingan yang tinggi.

Bagi Rosliza Yaziz, beliau memilih untuk memasarkan produk aromaterapi adalah kerana ia perniagaan yang digemari ramai, terutama oleh kaum wanita. Namun, itu tidak bermaksud kaum lelaki tidak menyukai produk aromaterapi kerana ramai juga kaum lelaki hari ini yang mementingkan suasana persekitaran yang harum dan segar.

Memulakan kisahnya, Rosliza memberitahu bahawa kejayaan yang dikecapinya hari ini bukanlah diraih dengan sekelip mata, tetapi beliau terpaksa melalui pelbagai kesusahan dan keperitan yang menjadi proses kepada kejayaannya hari ini.

Jelasnya, apa juga yang dilalui dalam kehidupan ini pasti ada cabarannya yang tersendiri, begitulah juga dengan perniagaan yang dijalankannya, yang tidak pernah berhenti berdepan dengan rintangan dan dugaan.

Di peringkat awal memulakan perniagaan berkenaan katanya, beliau banyak kerugian wang, masa dan juga tenaga. Antara puncanya adalah sikapnya yang suka membuat keputusan melulu dalam perniagaan, tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

“Dulu kalau saya nak buat sesuatu keputusan itu, saya biasanya ikut gerak hati. Kalau ada buat kajian pun, cuma sikit-sikit. Tapi selalunya saya tak buat pun kajian pasaran. Yang mana saya fikir baik, itu yang saya akan buat.”

“Tindakan saya itu secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada perniagaan saya. Saya bukan sahaja mengalami kerugian wang apabila apa yang dilaksanakan tidak berhasil, malah saya juga banyak membuang masa dan tenaga,” katanya.

Antara kelemahan ketika itu ujarnya ialah beliau tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan dalam mentadbir perniagaannya. Ilmunya terhadap dunia perniagaan juga agak cetek dan beliau hanya bergantung kepada pengalaman yang pernah dilaluinya.

Pada satu ketika jelasnya, beliau mempunyai ramai ejen yang bernaung di bawah perniagaannya. Tetapi disebabkan sikapnya yang suka membuat keputusan secara semberono menyebabkan timbul masalah seperti dari segi rekod dan sebagainya.

Selain itu, sikapnya yang sukar mempercayai orang lain termasuk pasukannya juga telah menyebabkan hampir semua kerja dilakukannya sendiri dan membuatkan ahli pasukannya silih berganti berhenti kerja kerana tidak berpuas hati dengan caranya.

Tidak itu sahaja, beliau juga tidak fokus terhadap produk utamanya dan menjual pelbagai produk sampingan dalam satu masa hingga menyebabkan produk aromaterapi beliau tenggelam dalam pasaran.

“Terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan dalam menguruskan perniagaan saya sehingga banyak masalah timbul. Pada satu saat, saya sedar akan perkara itu dan sebab itulah saya akhirnya bersama dengan RichWorks,” katanya.

Pada 2019 katanya, beliau segera menghubungi RichWorks dan mendaftar untuk program Nak Ubah Hidup (NUH). Tujuannya adalah untuk belajar ilmu perniagaan setelah melihat begitu ramai usahawan yang dibimbing syarikat itu berjaya.

Selain itu, beliau juga ketika itu sudah tidak mampu menguruskan ribuan ejen dan stokis, tetapi beliau tidak sampai hati melihat masa depan mereka menjadi gelap jika sesuatu terjadi akibat kegagalannya menguruskan syarikat.

“Ketika menghadiri program NUH, saya duduk di seat Diamond dan saya bawa sekali 20 orang stokis Najeehah. Alhamdulillah, masa tu saya dapat kesedaran dan saya juga dapat banyak ilmu perniagaan yang saya tidak tahu selama ini.”

“Lepas program tu, saya terus pula daftar untuk Titanium. Sebelum ini, suami saya kurang support tapi bila dia lihat ramai jutawan yang RichWorks lahirkan, akhirnya dia sendiri pun jadi pelajar Titanium,” kata Rosliza sambil tersenyum.

Dalam Titanium katanya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menyarankan agar beliau memfokuskan kepada produk aromaterapi dan menguatkan aspek pengurusan dan pemasaran berbanding produk-produk sampingan yang lain.

Selain itu, beliau juga dinasihatkan supaya memperbetulkan sistem yang ada dalam organisasinya dan memastikan semua rekod diuruskan dengan teratur dan tersusun. Dr. Azizan juga menyarankan agar beliau memfokuskan kepada satu produk dahulu.

Hasil mengikuti nasihat yang diberikan oleh mentor usahawan tersebut, tidak sampai beberapa bulan sahaja hasil jualan syarikatnya terus melonjak naik. Perkara itu menguatkan lagi keinginan Rosliza untuk terus menuntut ilmu bersama RichWorks.

Mengenai pencapaian dan kejayaan yang diraih Najeehah, pada 2019 syarikat itu mencatatkan keuntungan bernilai RM4 juta dan nilai itu meningkat sehingga RM8 juta, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2020.

Paling menggembirakan, Rosliza berjaya membina sebuah rumah bernilai RM1 juta secara tunai, selain membeli sebuah bangunan tiga tingkat, sebuah kereta mewah Alphard untuk kegunaan keluarganya dan mengubah suai kediaman ibu bapanya.

Pada tahun 2021, syarikat itu turut memiliki sebuah gudang besar yang berkeluasan kira-kira 23 ribu kaki persegi.

Hari ini juga, jika anda melalui lebuh raya, anda pasti dapat melihat produk Najeehah terpampang besar di billboard-billboard yang terdapat di kiri dan kanan jalan.

Malah jika anda membuka siaran radio, anda mungkin akan terdengar tagline ini,  ‘Golek-golek, Insya Allah Molek dengan Minyak Najah Najeehah’. 

Rosliza turut sempat memberikan sedikit panduan kepada bakal usahawan atau usahawan yang sudah memiliki perniagaan sendiri.

“Nasihat saya, kalau kita ada mentor, kita ikut saja. Trust the process. Insya-Allah semuanya akan menjadi mudah. Kalau kita nak orang hormat kita, kita kena hormat mentor kita kerana dia adalah guru yang akan membimbing kejayaan kita,” ujarnya.

Beliau juga berpesan agar sentiasa menghormati ibu bapa, dan bagi wanita yang sudah berkahwin, menghormati suami mereka.

“Selain itu, jangan juga lupa untuk sering mengamalkan zakat dan sedekah. Kita tidak akan miskin dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah,” nasihat Rosliza kepada pembaca buku ini.

Dapatkan secara percuma

Dapatkan buku 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation dengan mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga sekarang!

You May Also Like…

Batang buruk punca kekayaan!

Batang buruk punca kekayaan!

Hanya dengan menjual batang buruk, seorang wanita bernama Nor Hedayah Kaulan kini mampu meraih pulangan bernilai...